Berita Baik Untuk Bitcoin: Pasaran Crypto Bertambah Sebanyak $5 Billion - Market Demon

Monday, January 21, 2019

Berita Baik Untuk Bitcoin: Pasaran Crypto Bertambah Sebanyak $5 Billion




Sepanjang 48 jam terakhir pasaran crypto telah melantun sedikit sebanyak $5 Bilion, iaitu dari $120 sehingga $125 Bilion. Hal ini berlaku berikutan harga pasaran semasa Bitcoin (BTC) melepasi paras $3,700.ll

Pergerakan harga pasaran semasa Bitcoin yang tidak diduga ini boleh membawa kepada pemulihan jangka pendek bagi aset cypto utama yang lain dan 'low market cap cryptocurrencies' pada hari-hari akan datang.

Biasanya, pada hujung minggu, pasaran crypto cenderung menunjukkan penurunan volume dan penurunan kecil dalam aktiviti perdagangan. Walau bagaimanapun, sepanjang dua hari yang lalu volume Bitcoin kekal di atas paras $5 bilion dengan jumlah harian pasaran crypto di atas $17 bilion.


Pergerakan harga pasaran semasa Bitcoin pada 19 Jan

Kesinambungan daripada volume harian aset crypto utama yang agak tinggi telah membolehkan pasaran melantun sebelum hari Isnin. Kebiasaanya volume mula naik pada hari Isnin dan pasaran baru hendak bermula menunjukan peningkatan dalam aktiviti perdagangan.

Sebelum harga pasaran semasa Bitcoin melepasi paras $3,700. Penganalisis teknikal Cryptocurrency yang lebih dikenali dengan nama 'Cred' di dalam talian pernah berkata bahawa jika harga pasaran semasa Bitcoin melepasi paras $3,700 dalam jangka pendek, ia berkemungkinan besar akanb membawa kepada peningkatan harga pasaran semasa Bitcoin yang positif.

Very compressed price action following the high set on Monday. My plan is straightforward: Price below & finding resistance at $3,560s I’ll look for sells targeting $3,430s. Breakout & price accepted above $3,700s I’ll be a buyer until $3,840s.

Sementara harga telah melepasi paras resistance di bawah $4,000 ia dapat menghalang kejatuhan lebih rendah di bawah rantau pertengahan $3,000 dan ini menjadikan ia tdak mencukupi dalam menyediakan asas untuk cryptocurrency yang dominan untuk memulakan kenaikan jangka pendek.

Sejak akhir December, Bitcoin sentiasa dalam rantau $3,500 kepada $4,100 dan tidak dapat menguji paras resistance ataupun jatuh melepasi paras support.

Walaubagaimanapun, Bitcoin semalam (Ahad) telah melepasi paras support M15 dan meneruskan dengan sideways, kita tengok apa akan jadi pada harga pasaran semasa Bitcoin nantikan perkembangan seterusnya daripada kami Market Demon.


Tidak semuanya Negatif untuk Bitcoin

Menelusuri semua aset Bitcoin, banyak aset crypto utama dan aset low market cap telah mencatatkan keuntungan dua hingga empat peratus berbanding dolar AS pada hari itu.

Ethereum, Cardano, dan Litecoin masing-masing melonjak sebanyak tiga peratus, empat peratus, dan lima peratus dalam 24 jam terakhir, berikutan keniakan harga Bitcoin. 

Walaupun keseluruhan trend pasaran crypto adalah bearish, perniagaan terkemuka seperti Binance sedang  mengalami permintaan yang tinggi di pasaran utama seperti di Eropah. 

Pada 17 Januari, selepas pelancaran Binance Jersey, Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao berkata:

Binance.je is overwhelmed with registrations. There is a backlog of KYC verifications already. More resources are allocated to reduce it. In the mean time, we appreciate your understanding and patience. The registration prize is FIFO based, no worries. Just crazy! One thing we do “well” is underestimating ourselves, and the market.

Untuk mengelakkan penurunan seterusnya di bawah julat yang cukup rendah, volum harian yang mampan dalam pasaran crypto sangat penting. Buat masa sekarang, pasaran sedang melihat tahap aktiviti dagangan yang agak tinggi di seluruh pasaran utama. 

No comments: