Permintaan tinggi terhadap cryptocurrency dan mandat kerajaan untuk mengetatkan sistem keselamatan memacu kepada keperluan untuk tenaga kerja tambahan di major exchange Korea Selatan. Manfaat pekerjaan yang menarik dan persekitaran kerja yang fleksibel menarik ramai pekerja dari sektor perbankan dan syarikat kewangan.
Exchange terbesar Korea Selatan telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil kakitangan baru. Pengumumam ini datang di tengah-tengah pengetatan peraturan oleh kerajaan Korea Selatan terhadap cryptocurrency.
Menurut laporan dari Money Today, Bithumb, yang sudah mempunyai seramai 450 orang pekerja, berkata mereka akan membawa masuk seramai 400 orang lagi kakitangan tambahan sepenuh masa. 300 orang daripadanya akan berada di customer centers manakala 100 yang lain akan berada di ibu pejabat.
CEO Jeon Soo-yong dipetik oleh Chosun,
"Kami memutuskan untuk mengupah ramai pekerja untuk membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk golongan muda dan mengembangkan operasi kami."
Upbit, yang disokong oleh Kakao Corporation kini menggaji kira-kira 100 orang pekerja. Syarikat itu merancang untuk membawa masuk seramai lebih 100 orang pekerja baru tahun ini. Korbit juga akan menambahkan jumlah kakitangan mereka dari kira-kira 60 orang kepada lebih 100 orang. Kadar pertumbuhan pesat pasaran cryptocurrency Korea Selatan memacu kepada permintaan tenaga buruh.
Persekitaran kerja yang lebih menarik berbanding perbankan menarik ramai pekerja dari bank-bank dan firma broker. Tambah mereka lagi, kakitangan perbankan yang ada telah memohon pengambilan di exchange utama Korea Selatan seperti Bithumb, Coinone, Korbit dan Upbit.
Tidak seperti syarikat kewangan tradisional, pekerja mempunyai lebih banyak kebebasan dan sangat fleksibel, serta suasana kerja yang tidak formal.
Di Bithumb, pekerja mendapat bayaran lebih masa, bayaran insentif, kredit pembelian buku tanpa had, keahlian fitness club, perbelanjaan pengangkutan dan juga rawatan perubatan oriental dan urutan.