Cryptocurrency bukan skim cepat kaya. Sebelum anda terlibat dalam cryptocurrency trading anda perlu tahu bahawa 90% traders loss, sebahagian besarnya disebabkan kurangnya ilmu, perancangan, latihan, disiplin dan money management yang tidak betul. Anda perlu berhati-hati dalam memilih cryptocurrency untuk didagangkan bagi mengelakkan dari tersalah pilih shitcoin.
Jika anda seorang yang perfectionist atau seorang yang susah untuk menerima kesilapan, anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam trading kerana hampir semua traders tidak terlepas dari loss.
Cryptocurrency trading tidak sesuai untuk penganggur, mereka yang berpendapatan rendah, mereka yang berada dalam bebanan hutang atau mereka yang bergelut dengan masalah kewangan.
Jangan berharap dengan permulaan modal beberapa ratus ringgit anda akan menjadi jutawan dalam masa sebulan. Trading memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.
Pasaran cyptocurrency adalah salah satu daripada pasaran yang terkenal dengan aktiviti spekulasi. Anda mungkin fikir ramai yang telah kaya dengan cryptoccurency trading tetapi hakikatnya yang kaya hanya sebilangan kecil sahaja.
Masalah paling utama kebanyakan amatur traders ialah mereka mahukan keuntungan dalam jumlah yang besar dalam masa yang singkat, realitinya mereka tidak mempunyai disiplin yang diperlukan untuk benar-benar berjaya.
Anda juga perlu sedar bahawa short term trading bukan untuk amatur traders dan jarang-jarang ada yang berjaya dengan cara ini. Strategi trading yang melibatkan tahap risiko yang besar pula berpotensi untuk anda mengalami prestasi trading yang tidak konsisten dan menanggung kerugian yang besar. Traders yang trade seperti ini sebenarnya tidak layak untuk menggelarkan diri mereka sebagai traders, melainkan gambler.
Sebelum invest wang anda di dalam cryptocurrency, anda wajar terlebih dahulu invest masa anda untuk ilmu. Kejayaan tidak berlaku dalam tempoh satu malam. Menuntut ilmu memerlukan masa. Mengamalkan ilmu sehingga mahir juga memerlukan masa.
Selain itu, sangat rumit untuk monitor cryptocurrency yang begitu banyak jika anda baru berjinak-jinak dalam bidang ini. Kami menasihatkan anda hanya melakukan research pada beberapa cryptocurrency sahaja dan sentiasa monitor perkembangannya. Anda akan lebih memahami sifat dan tingkah laku cryptocurrency tersebut.
Pada mulanya anda memerlukan masa untuk improve trading processes dan memupuk tabiat & disiplin yang baik. Anda juga perlu belajar bagaimana untuk menyesuaikan kaedah dan strategi anda sesuai dengan perubahan market behavior.
Anda mampu berjaya sebagai cryptocurrency trader tetapi untuk berjaya melibatkan banyak aspek seperti kerja keras, dedikasi, komitmen, dan kesabaran. Jika cryptocurrency trading begitu mudah, semua orang akan menjadi jutawan. Tiada shortcut untuk berjaya. Mulakan dengan menuntut ilmu.