Terdapat tiga jenis analisis pasaran cryptocurrency. Analisis ini penting untuk mengembangkan idea dagangan anda.
1. Analisis Teknikal
2. Analisis Fundamental
3. Analisis Sentimen
Selalu berlaku perbezaan pendapat mengenai analisis mana yang lebih baik di antara ketiga-tiga analisis yang disebut tadi. Hakikatnya, anda perlu menguasai semua analisis tersebut.
Analisis Teknikal
Analisis teknikal merupakan framework di mana cryptocurrency trader mengawasi pergerakan harga pasaran berdasarkan chart. Anda boleh menggunakan tradingview untuk menjalankan analisis teknikal.
Dengan berpandukan chart seseorang itu boleh menganalisis pergerakan harga sebelumnya dan mengenalpasti keadaan market semasa untuk mengukur potensi pergerakan harga pada masa hadapan.
Sebab utama traders menggunakan analisis teknikal ialah secara teori semua maklumat pasaran sudah tercermin pada chart.
Jika chart mencerminkan maklumat yang ada di luar sana, maka menganalisis price action adalah apa yang anda perlukan untuk trade.
Pernahkah anda mendengar pepatah lama yang berbunyi,
"History tends to repeat itself?"
Nah, pada dasarnya itulah apa yang diperkatakan tentang analisis teknikal. Traders sentiasa sensitif pada historical price level terutamanya support & resistance area. Ia juga dipanggil sebagai pyschological area. Pada posting yang akan datang, kami akan terangkan lebih lanjut tentang perkara ini.
Selain itu, apabila technical analysts (traders) melihat persamaan chart pattern yang terbentuk pada masa lalu, mereka percaya market akan mengulangi pattern yang sama pada masa akan datang. Dari situlah mereka akan membentuk trading idea. Sebenarnya pendekatan sebegini sangat bahaya dalam trading kerana anda senang dimanipulasi oleh big players.
Technical analysts menggunakan chart kerana ia merupakan cara termudah untuk memvisualisasikan data sejarah. Anda boleh melihat data (chart) masa lalu untuk membantu anda melihat trend dan pola pergerakan harga dalam mencari peluang dagangan.
Apa yang lebih penting ialah anda perlu tahu bahawa teknikal analisis sangat subjektif! Ia juga cenderung untuk menjadi self-fulfilling prophecy. Maksudnya, jika dua orang traders melihat chart yang sama dengan set up yang sama, tidak bermakna idea yang diperolehi oleh mereka juga adalah sama.
Analisis teknikal adalah salah satu perkara yang paling mudah untuk dipelajari. Tetapi bergantung sepenuhnya pada analisis teknikal boleh menjadi perkara terburuk!
Analisis Fundamental
Analisis fundamental adalah cara yang digunakan untuk melihat pasaran cryptocurrency berdasarkan analisis keseluruhan konsep & idea disebalik cryptocurrency, kekuatan ekonomi, sosial, dan politik.
Secara ringkasnya, analisis fundamental memberitahu kita sejauh mana sesuatu cryptocurrency boleh berkembang (future value). Harus diingat, walaupun mana-mana cryptocurrency itu memiliki fundamental yang baik dan kukuh ia masih belum menjamin apa-apa. Fundamental bukan penyebab naik turun harga.
Sebagai contoh, seperti mana manusia, walaupun dari kecil lagi dia memiliki bakat dan kemahiran dalam melukis, tetapi tidak semestinya apabila dia dewasa dia akan menjadi seorang pelukis yang baik & berjaya.
Analisis Sentimen
Dalam perenggan di atas, kami mengatakan bahawa price action secara teorinya mencerminkan semua maklumat pasaran. Malangnya bagi cryptocurrency trader, ia tidak semudah itu.
Inilah sebabnya analisis sentimen sangat penting. Setiap traders mempunyai pandangan yang berbeza tentang pasaran. Pandangan dan pendapat inilah yang membentuk sentimen keseluruhan pasaran tanpa mengira apa juga maklumat yang ada diluar sana.
Untuk menguasai analisis sentimen, anda perlu memahami keseluruhan tentang cryptocurrency pilihan anda, anda juga perlu tahu apa isu semasa yang berlaku. Oleh sebab itulah setiap kali ada yang bertanya pada saya apa coin yang harus mereka beli, saya akan menjawab,
"Buy what you know."
Contoh terbaik adalah Stratis pada suku ketiga dan keempat tahun lepas. Sentimen yang berlaku melibatkan masternode. Syarat untuk seseorang itu run masternode ialah dengan memiliki sebanyak 250,000 Strat. Ianya satu jumlah yang besar. Oleh sebab itu, big players yang memiliki big cash cenderung untuk membeli Strat pada harga yang rendah.
Pada penghujung suku kedua 2017, nilai Strat begitu tinggi. Maka, cara terbaik untuk membeli Strat dalam jumlah yang besar dengan nilai yang rendah ialah dengan memanipulasi pasaran.
Kebiasaannya apabila pihak developers mengeluarkan feature terbaru, harga coin akan semakin tinggi. Apa yang terjadi selepas itu, setiap kali pihak Stratis mengemaskini feature terbaru, big players menekan harga Strat menjadi lebih rendah.
Ini membuatkan amatur trader yang percaya bahawa harga Strat akan naik sebaik saja feature terbaru dikemaskini menjadi mangsa pasaran. Kesannya ramai amatur yang hilang kepercayaan pada Stratis dan berlaku penjualan secara besar-besaran. Apabila demand berkurang, nilai Strat menjadi murah. Ini membuka peluang buat big players.
Dalam kes Stratis ini, apa yang anda perlu belajar ialah betapa pentingnya analisis sentimen sebelum melakukan dagangan. Sebelum mengakhiri penulisan ini, nasihat untuk anda,
"Buy what you know."