Sementara itu di India, pihak berkuasa telah memaklumkan kepada crypto exchanges dan traders bahawa mereka perlu membayar cukai, walau bagaimanapun tiada garis panduan yang jelas disediakan. Komuniti cryptocurrency India keliru tentang bagaimana cryptocurrency dikenakan cukai dan 7 Bitcoin exchanges meminta penjelasan dari pihak berkuasa.
Perkhidmatan Cukai Kebangsaan India baru-baru ini memeriksa
cryptocurrency exchanges serta menghantar notis kepada crypto traders yang meminta mereka untuk membayar cukai.
The India Times melaporkan bahawa 7 exchanges terbesar negara itu termasuk Zebpay, Unocoin, Coinsecure dan Btxindia meminta penjelasan dari pihak berkuasa
Jabatan Cukai sedang mengkaji kerana Bitcoin adalah subjek yang sangat kompleks. Ramai yang mempersoalkan sama ada GST akan dikenakan ke atas hasil atau margin yang mereka perolehi. Jika Bitcoin dianggap sebagai matawang, maka GST tidak boleh dikenakan.