Cryptocurrency Menarik Minat Mark Zuckerberg - Market Demon

Sunday, January 7, 2018

Cryptocurrency Menarik Minat Mark Zuckerberg



Baru-baru ini Mark Zuckerberg telah menyatakan bahawa beliau akan mengkaji lebih mendalam potensi cryptocurrency.

Pengasas bersama Facebook itu telah menyatakan bahawa kuasa sistem desentralisasi seperti cryptocurrency dapat membantu mengembalikan kuasa dari sistem berpusat ke tangan individu.

Dikenali sebagai bapa media sosial, Zuckerberg menerusi status terbarunya di Facebook menunjukkan bahawa beliau akan meneliti potensi cryptocurrency untuk penambahbaikan Facebook.

"... Saya berminat untuk mengkaji lebih mendalam aspek positif dan negatif teknologi ini dan cara terbaik untuk menggunakannya dalam perkhidmatan kami."

Terdapat beberapa platform media sosial yang dibina di atas perkhidmatan Blockchain, walau bagaimanapun langkah yang diambil syarikat besar seperti Facebook akan menjadi monumental bagi industri cryptocurrency.

Dengan sokongan yang diberikan oleh Facebook, satu dimensi baru akan terbuka dalam mengiktiraf Blockchain sebagai satu revolusi.

Sebelum ini, Pavel Durov, pengasas Telegram Messenger dan laman sosial VK yang berpusat di Rusia turut menyatakan perancangannya untuk melancarkan platform Blockchain sendiri.