Selamat Hari Isnin pembaca Market Demon. Panjang jodoh kita dengan Isnin kali ini. Sedikit kisah penulis ingin kongsikan dengan pembaca. Petikan dari buku Dare To Fail oleh Billi P.S Lim.
Buruk itu mungkin bukannya buruk, ia mungkin baik; baik itu mungkin bukannya baik, ia mungkin buruk.
"Setiap kesusahan, setiap kegagalan, setiap kecacatan, setiap penyakiT jasmani, setiap keadaan dan pengalaman tidak menyenangkan, membawa bersamanya benih faedah yang bersepadanan, sering kali dalam bentuk tersorok"
Pada suatu masa, seorang tua telah kehilangan kudanya. Jiran-jiran beliau semuanya datang untuk menyenangkan hatinya. Tetapi si orang tua tersebut berkata, "Ia mungkin satu perkara baik." Beberapa bulan kemudian, kuda tersebut pulang dengan sendirinya dan membawa bersamanya seekor kuda lain yang pantas sekali. Jiran-jiran orang tua tadi kini datang untuk mengucapkan tahniah kepadanya, tetapi beliau berkata, " Ini mungkin sesuatu yang buruk". Suatu hari, anak lelaki orang tua itu telah keluar menunggang kuda yang pantas itu. Kuda itu telah berlari terlalu pantas dan anak lelakinya telah jatuh terpelanting dan patah kakinya, lalu menjadi tempang dan cacat.
Jadi apa anda fikir, adakah buruk itu sebenarnya buruk?
Dia yang tidak pernah menderita itu hanya telah hidup separuh kadar.
Dia yang tidak pernah gagal itu itu tidak pernah berusaha mencari
Dia yang tidak pernah menangis itu tidak tahu erti ketawa yang sebenarnya.
Dan dia yang tidak pernah meragui itu tidak pernah berfikir