Mari Mengenali Bitcoin Whale - Market Demon

Friday, March 23, 2018

Mari Mengenali Bitcoin Whale


Pernah dengar istilah Bitcoin Whale? Bitcoin Whale merujuk kepada seseorang atau sekumpulan individu yang mempunyai pemilikan Bitcoin dalam jumlah yang sangat besar. Sebenarnya tidak ada piawaian khusus untuk seseorang itu bergelar Whale. Sesetengah pendapat mengatakan anda perlu memiliki 1,000 BTC ke atas baru boleh bergelar Whale. Tetapi Market Demon sebulat suara mengatakan bahawa untuk bergelar Whale anda perlu memiliki sekurang-kurangnya 5,000 BTC.

Asal Usul Istilah Whale
Istilah Whale diambil berdasarkan saiz fizikal ikan paus (Balaenoptera Musculus) sebagai makhluk yang paling besar dan mempunyai berat fizikal melebihi 200 tan. Seekor ikan paus dewasa mampu memakan sebanyak 4 tan sehari yang mana bersamaan berat seekor gajah dewasa.

Istilah ini juga digunakan berdasarkan satu peristiwa buruk yang berlaku apabila J.P. Morgan mengalami kerugian sekitar $2 bilion pada tahun 2012 yang melibatkan pelbagai andaian dan fakta. Antaranya, Ina R. Drew dituduh antara individu utama yang menyebabkan kerugian teruk J.P. Morgan. Kes ini digelar sebagai London Whale. Seterusnya komuniti crypto menggunakan istilah ini kerana impak baik dan buruk yang Whale boleh berikan dalam pasaran.

Cara Untuk Menjadi Whale?
1. Melabur Dalam ICO : Initial Coin Offerings (ICOs) adalah salah satu jalan singkat untuk menjadi Whale, tetapi awas!! ICOs boleh memberi pulangan berganda tetapi bukan semua ICOs adalah pelaburan yang baik. Vitalik Buterin, pengasas Ethereum, pernah memberi amaran bahawa 90% ICOs yang ada sekarang adalah fraud.

Fakta ringkas : Tahukah anda, jika anda melabur 10 USD dalam ICO Loomcoin, sekarang nilai pelaburan anda bersamaan sekitar -5 juta USD. NEGATIF! 

2. Mining : Tidak dapat dinafikan, kebanyakan Whale yang ada pada hari ini berasal dari kalangan miners. Walau bagaimanapun, mining Bitcoin pada hari ini sangat sukar dan tidak berbaloi dengan masa dan kos disebabkan difficulty Bitcoin yang tinggi. Tetapi anda boleh memilih coins lain yang mempunyai potential value dan lebih menguntungkan untuk kerja-kerja mining. DYOR!

3. Trade & Invest : Terlibat dalam pasaran crypto sama ada sebagai trader atau investor adalah salah satu cara terbaik untuk mencapai status Whale. Anda tidak perlu bazirkan ribuan ringgit untuk membeli perkakasan mining, selain dari kos elektrik yang tinggi. Malah, di Market Demon kami lebih memberi tumpuan pada trade & invest. Pemain pasaran yang berkemahiran mampu memanipulasi setiap peluang yang terhidang dihadapannya.

Adakah Whale Berbahaya?
Jawapan saya, bergantung pada keadaan. Anda boleh mengambil peluang dari setiap aktiviti whale dalam pasaran, khususnya ketika bull market. Dalam situasi ini, kewujudan mereka adalah satu perkara yang baik, mereka boleh mendorong pasaran untuk terus naik.

Namun, apabila mereka melakukan profit-taking, keadaan pasaran akan menjadi sangat berbahaya. Lihat apa yang berlaku selepas Mt. Gox menjual pegangan Bitcoin mereka. Pasaran Bitcoin terus jatuh. Lebih teruk sekiranya whale secara beramai-ramai melepaskan semua pegangan mereka dalam pasaran. Oleh itu, selain dari membaca dan mengkaji fundamental cryptocurrency dan teknologi disebalik blockchain, anda juga perlu belajar bagaimana pasaran beroperasi supaya dapat menghidu aktiviti yang terjadi dalam pasaran lebih awal terutamanya apabila melibatkan Whale. 

Istilah Lain Dalam Pemilikan Bitcoin
1. Killer Whale : Mempunyai pemilikan Bitcoin dalam lingkungan 5,000 BTC ke atas.

2. Whale : Mempunyai pemilikan Bitcoin dalam lingkungan 1,000 hingga 5,000 BTC.


3. Shark : Mempunyai pemilikan Bitcoin dalam lingkungan 500 hingga 1,000 BTC.

4. Dolphin : Mempunyai pemilikan Bitcoin dalam lingkungan 100 hingga 500 BTC.

5. Baby Dolphin : Mempunyai pemilikan Bitcoin dalam lingkungan 50 hingga 100 BTC.

6. Fish : Mempunyai pemilikan Bitcoin dalam lingkungan 10 hingga 50 BTC.

7. Shrimp : Mempunyai pemilikan Bitcoin dalam lingkungan 1 hingga 10 BTC.

8. Planton : Mempunyai pemilikan Bitcoin kurang dari 1 BTC.

Tahukah anda, terdapat kumpulan-kumpulan elit yang melibatkan Killer Whale, Whale, Shark dan lain-lain yang ditubuhkan untuk tujuan manipulasi.

Baca juga : Digital Currency Vs Cryptocurrency