7. Saya Tidak Pernah Mengalami Kerugian
Kerugian adalah sebahagian dari proses trading yang tidak dapat dielakkan. Traders berjaya tahu bahawa tabiat yang cuba mengelak dari kerugian lambat laun akan menghapuskan seluruh akaun trading mereka.
Dalam trading, semua orang akan mengalami kerugian, normal. Apa yang penting adalah keupayaan kita untuk memaksimakan profit dan meminimumkan loss. Ini yang menjadikan anda seorang trader yang berjaya.
6. Pengurusan Wang (Money Management) Tidak Penting
Memutuskan berapa risiko anda untuk setiap trade position yang diambil adalah sangat penting sekiranya anda mahukan kejayaan jangka panjang. Semua orang boleh membuat keuntungan dalam pasaran tetapi tidak ramai yang tahu mengendalikan kerugian.
5. Average Down Adalah Strategi Yang Baik
Average down merujuk kepada tindakan pemain pasaran menambah lot atau unit dalam position yang mereka sudah pegang sebelum ini selepas harga semakin jatuh. Kenapa anda mahu menambah lebih banyak lot dalam pasaran yang sedang menentang arah analisis anda?
4. Saya Boleh Ramal Pergerakan Jangka Pendek Dengan Ketepatan 90%
Ini sangat mustahil. Malah technical traders yang paling berbakat pun hanya mendakwa kadar kejayaan maksima di bawah 70%. Tidak ramai traders yang dapat melakukannya dengan baik, biasanya ketepatan mereka di bawah 55%. Itu pun mereka lakukannya dengan berhati-hati.
3. Saya Mempunyai Strategi Yang Menguntungkan Dalam Semua Keadaan Pasaran
Rumus ajaib untuk membuat wang dalam pasaran setiap hari dalam apa juga keadaan tidak wujud kecuali melalui high-frequency trading, yang mana ia tidak dapat diakses oleh retail traders. Trading sangat sukar, tidak ada teknik mudah atau holy-grail dalam trading. Jika ada yang menawarkan teknik sebegini, pesanan saya berhati-hatilah. Ramai yang mengambil kesempatan dengan mencipta fantasi palsu,
"Teknik Mudah Saham."
"Rahsia Jutawan Forex."
"Teknik Trade Tanpa Loss."
Ini semua ayat-ayat marketing.
2. Anda Boleh Trade Setiap Hari
Terdapat waktu tertentu apabila pergerakan pasaran begitu liar dan tidak dapat dijangkakan, waktu ini trading akan menjadi sangat berbahaya. Traders berjaya tidak trade setiap masa, ada masanya mereka stay away. Cuti dari pasaran juga boleh menyegarkan minda. Minda yang segar sangat penting setiap kali mengambil keputusan dagangan.
1. Saya Sudah Belajar Semua Perkara Tentang Pasaran
Walaupun anda sudah tahu apa yang anda perlu tahu untuk menjadi pemain pasaran yang baik, tetapi setiap waktu pasaran memberikan pengalaman baru yang berbeza dari sebelum ini. Belajar adalah satu proses yang tiada penghujung. Sekiranya anda rasa anda sudah tahu semuanya, bermaksud proses belajar anda terbantut. Bersedialah menerima akibatnya nanti. Pembelajaran berterusan adalah tanda seseorang itu smart trader, walaupun sudah berjaya. Pasaran sentiasa berkembang dan berubah mengikut waktu.