Mengulas Kembali 6 Protokol Blockchain Yang Utama - Market Demon

Thursday, March 29, 2018

Mengulas Kembali 6 Protokol Blockchain Yang Utama




Sejak tahun 2008, apabila terma Bitcoin dicipta oleh Satoshi Nakamoto sebagai peranti elektronik dan sistem wang yang sepenuhnya bergantung dengan peer-to-peer yang bebas daripada pihak ketiga, perhatian kepada teknologi di dalam bitcoin dan blockchain meningkat dengan mendadak. Dikalsifikasikan sebagai revolusi teknologi di dalam industri terutamanya di dalam sistem perbankan dan kewangan, dari segi privacy dan sekuriti, kesemua pengkaji dan developers bertungkus-lumus untuk mengkaji dan menghasilkan protokcol yang unik dan setiap hari protokol ini akan diperbaiki dan lebih canggih dari versi sebelumnya. 6 protokol blockchain yang penting:




Bitcoin
Sejarah bitcoin dapat dilihat bermula dari tarikh November 2008, apabila sebuah thesis diposkan di atas talian oleh Satoshi Nakamoto di laman yang penuh dengan cryptographer di mana mereka berkongsi maklumat. Thesis itu bertajuk “Bitcoin: A peer-to-peer electronic cash system”, dibentangkan dengan karakter protokol:

  •        Membenarkan transaksi secara terus tanpa pihak ketiga atau intermediaries
  •        Tidak membenarkan transaksi reversible
  •         Mengurangkan kos kredit dalam transaksi kasual
  •         Mengurangkan kos atau fee transaksi
  •         Melarang double-spending


Bitcoin ialah virtual currency, juga dikenali sebagai cryptocurrency. Permulaan 2016 telah menyaksikan pengeluaran bitcoin sebanyak 15.26 juta BTC, yang pada masa itu dinilaikan berjumlah $7 billion. Teknologi penting yang menjayakan bitcoin diantaranya ialah Hashing, Digital Signature, Public-key cryptography, P2P dan PoW atau Proof Of Work. Kesemua teknologi ini digabungkan dan telah berjaya menghasilkan mekanism yang melarang pembayaran pendua dan pemalsuan data. Tambahan pula, ia juga bertindak sebagai penghalang bagi hacker di mana ia sangat kritikal untuk sistem ini beroperasi dengan ketiadaan central authority.




Ethereum
Ethereum ialah software terbuka¸ open-source dan berorientasikan sistem protokol komputer blockchain yang menekankan fungsi smart contracts atau Kotrak Pintar (scripting). Protokol ini telah menyediakan satu mesin virtual yang decentralized yang dikenali sebagai Ethereum Virtual Machine (EVM), yang menghasilkan scripts menggunakan public nodes atas jaringan awam dan juga token yang dipanggil ether, juga dikenali sebagai gas. Gas digunakan untuk menghalang spam di atas jaringan dan menyusun segala transaksi menurut permintaan yang spesifik. Walaupun software Ethereum boleh diakses oleh sesiapa, ia adalah bersifat tamperproof dan tidak boleh digodam.




Ripple Consensus Network
Ripple Transaction Protocol (RTXP), dikeluarkan pada tahun 2012, telah diperbaik dan dinaik taraf untuk sistem distributed consensus ledger, protokol internet, dan matawang yang dipanggil XRP atau Ripple. Ripple sangat cepat, selamat, dan fee transaksi yang sangat murah di peringkat global untuk apa skala sekali pun tanpa caj yuran. Protokol ini sangat ditekankan kerana dapat menyokong token yang mewakili matawang crypto, matawang fiat, komoditi, bond dan segala macam jenis data yang bernilai. Penghujung 2017 menyaksikan Ripple telah mendapat tempat ke-3 terbesar dari segi market capitalization selepas Bitcoin dan Ethereum.




Hyperledger
Hyperledger adalah platform blockchain open-source, wujud pada tahun 2015 dan dicipta oleh Linux Foundation dalam usaha untuk menyokong distributed ledger yang menggunakan blockchain. Protokol ini memberi tumpuan untuk lejar yang dicipta untuk menyokong urus niaga antarabangsa, menyediakan bisnes rantaian kewangan, teknologi dan juga supply, dengan objektif untuk meningkatkan banyak aspek prestasi dan kebolehpercayaan. Projek ini menekankan usaha membuat kerjasama untuk membuat piawaian dan protokol terbuka, dengan menawarkan rangka kerja modular yang menyokong pelbagai komponen untuk kegunaan yang pelbagai, termasuk rangkaian blok yang mempunyai model simpanan dan konsensus mereka sendiri, dan perkhidmatan untuk kawalan akses, kontrak dan juga identiti.




R3’s Corda
Corda yang dicipta oleh Company R3 adalah protokol distributed ledger yang telah dibangunkan dari bawah untuk merekod, menyelaras dan menyelarikan perjanjian kewangan di kalangan institusi kewangan yang dikawal selia. Ia dirangsang dengan kelebihan sistem blockchain, dengan tiada pilihan reka bentuk yang menjadikan blockchain tidak sesuai untuk kebanyakan situasi perbankan. Reka bentuk Corda muncul kerana hasil analisis berat dan prototaip di antara ahli pasukan syarikat. Ia kini merupakan protokol sumber terbuka kerana kod tersebut semakin matang.




Symbiont Distributed ledger
Protokol ini diumumkan pada bulan Oktober 2016 sebagai kit pembangunan perisian untuk Assembly, yang merupakan bahagian distributed ledger di dalam sistem kontrak pintar, Symbiont. Assembly dianggap sebagai distributed ledger pertama yang sesuai untuk institusi kewangan. Ia adalah distributed ledger dengan Byzantine fault-tolerant yang berprestasi tinggi, yang boleh memproses 80,000 transaksi setiap saat dalam rangkaian multi-node tempatan. Seperti yang dinyatakan oleh pengasas Symbiont, sistem decentralized sepatutnya tidak lagi perlahan dan dengan Assembly, masalah itu telah diatasi.

Baca juga : Pengenalan Kepada Cryptocurrency