2 Mitos Cryptocurrencies dari Mata Institusi Kewangan - Market Demon

Tuesday, March 27, 2018

2 Mitos Cryptocurrencies dari Mata Institusi Kewangan



Vasant Prabhu, Ketua Pegawai Kewangan Visa (rangkaian kad) membuat dua kenyataan berkenaan berhubung cryptocurrencies seperti berikut:
Kebanyakan orang tidak tahu apa yang mereka lakukan dengan pelaburan cryptocurrency dan, Cryptocurrencies sering digunakan terutamanya oleh penjenayah

Benar atau tidak kita akui ramai sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang pelaburan cryptocurrency, mereka adalah dari golongan ikut-ikutan dan tidak mempunyai idea kenapa mereka turut melabur. Mereka tidak mempunyai alasan-alasan lain selain mereka membeli kerana orang-orang lain membelinya (FOMO). Jika kenyataan ini adalah anda, ubahlah dan mulailah mempelajarinya. Usah bimbang, kami di Market Demon akan sentiasa bersama anda.

John Oliver Show secara berjenaka menerangkan bahawa cryptocurrencies adalah:
 "Semua perkara yang anda tidak faham mengenai kewangan malah digabungkan dengan semua yang anda tidak faham tentang komputer"

Dr Julian Hosp, pengasas bersama TENX (PAY) dan penulis buku Cryptocurrencies Simply Explained menerangkan beberapa kriteria pelaburan ke atas sesuatu cryptocurrencies seperti berikut untuk dipertimbang:
  • Adakah kewujudannya menyelesaikan sesuatu masalah? Adakah ia adalah masalah yang perlu dibaiki atau ditambahbaik?
  • Adakah masalah ini boleh diselesaikan dengan pendekatan dan penyelesaian centralised atau decentralised? Jika decentralised, blockchain mungkin adalah jawapannya!

Cryptocurrencies membawa penyelesaian terhadap masalah pengubahsuaian wang haram oleh penjenayah, bukannya menjadi platform digemari penjenayah. Berikut adalah laporan bank konvensional berhubung jenayah pengubahan wang haram:

The TelegraphNovember 2017:
Jenayah terancang menjana pendapatan menyamai 2.7% KDNK Global. Sekitar 1.6trillion wang haram bagi memalsukan sumber-sumber asal jenayah: jenayah kewangan adalah masalah sejagat. 

What Mortgage, February 2018:
Julian Dixon, CEO Fortytwo Data, menemui satu pertiga suspicious activity reports (SAR) bagi keseluruhan sektor adalah berkaitan sektor hartanah. Penjenayah menggunakan hartanah bagi mengaburai jenayah asal seperti dadah, terorisma dan penyeludupan senjata api.

The TimesFebruary 2018:
Rob Wainwright, pengarah [Europol], membongkar  3 hingga 4 per cent £100 billion wang haram beredar di Eropah diubah melalui transaksi anonymous seperti bitcoin.

Maka, tawaran teknologi bitcoin adalah lebih baik berbanding matawang digital fiat kerana transaksinya boleh dijejak dan bukan anonymous. Bank pula dibina bagi tujuan pengedaran wang fizikal yang mana ia menjadi tempat mudah wang boleh diubah sama ada melalui tunai atau pemilikan hartanah. Jadi bukankah teknologi membawa penambahbaikan terhadap institusi kewangan ini?

Menurut World Economic Forum, dijangkakan industri blockchain akan berkembang sehingga $5 trillion or $6 trillion dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang.

Baca juga: Impak blockchain pada sektor hartanah 

Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
emel: shafiq.cryptocall@gmail.com