Amerika Syarikat Bersedia Mendakwa Julian Assange - Market Demon

Friday, November 16, 2018

Amerika Syarikat Bersedia Mendakwa Julian Assange

Julian Assange
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang menyiapkan kertas tuduhan terhadap pangasas WikiLeaks, Julian Assange. Assange melarikan diri ke kedutaan Ecuador di London pada tahun 2012 selepas dituduh melakukan serangan seksual dan bagi mengelakkan diri dari diekstradisi ke Amerika Syarikat.

Assange juga dituduh bersubahat dengan badan perisikan Rusia dalam mengedarkan maklumat yang digodam bagi membantu Donald Trump memenangi pilihan raya 2016. Walau bagaimanapun, Rusia menafikan tuduhan tersebut. WikiLeaks turut menerbitkan beribu-ribu email yang digodam dari pihak Demokrat semasa kempen pilihan raya.

Masih belum jelas sebarang dakwaan terhadap Assange telah difailkan. Jabatan Kehakiman berkata, pemfailan itu adalah kesilapan. Sementara pihak WikiLeaks percaya ia merupakan kesilapan "cut & paste." Laporan media Amerika Syarikat mengatakan para pegawai negara itu semakin yakin bahawa Assange akan ditahan dan berdepan dengan dakwaan.

Awal tahun ini, kerajaan British mengadakan perbincangan dengan Ecuador berhubung nasib Assange. Presiden Ecuador, Lenin Moreno mengatakan beliau tidak pernah menyokong perbuatan Assange dan menggambarkan pengasas WikiLeaks itu seperti "batu di dalam kasut mereka." Ia merupakan satu metafora bagi menggambarkan sesuatu yang sangat menyakitkan tetapi tiada siapa yang mengetahuinya.


No comments: