Initial Coin Offering (ICO) Menuju Kemusnahan - Market Demon

Friday, November 16, 2018

Initial Coin Offering (ICO) Menuju Kemusnahan

Bitcoin Exchange di Dizengoff, Tel Aviv
Initial Coin Offering (ICO) adalah di mana startups dan projek mengumpulkan dana dengan menerbitkan syiling digital atau token, mirip dengan Bitcoin. Sebilangan besar token dibeli oleh pelabur runcit dan pelabur institusi.

Kaedah pengumpulan dana ini muncul pada tahun 2017 dan hampir 500 projek berjaya mengumpulkan lebih daripada $5 bilion melalui ICO. ICO terus menjadi popular pada awal tahun 2018, dengan jumlah yang diperolehi menerusi kaedah ini terus meningkat berkali ganda. Tetapi pasaran selepas itu mengalami kejatuhan kerana harga cryptocurrency telah jatuh.

Laporan dari ICORating, sebuah agensi penarafan cryptocurrency bebas, dan Outlier Ventures, sebuah firma venture capital berasaskan blockchain, menunjukkan bahawa suku ketiga 2018 adalah antara yang terburuk untuk pasaran. Jumlah wang dan kualiti startups menurun, pulangan pelaburan negatif, dan penipuan telah menjadi perkara biasa.

Laporan menunjukkan :

  • Syarikat startups berjaya mengumpulkan dana 48% lebih rendah melalui ICOs pada suku ketiga berbanding suku kedua.
  • 75% daripada syarikat startups yang cuba mengumpulkan dana tidak mempunyai idea.
  • Purata pulangan daripada ICO token bersamaan -22%.
  • 64% daripada percubaan ICOs gagal.
  • 19% syarikat yang mengumpulkan dana melalui ICO pada suku ketiga telah memadam laman web mereka dan akaun sosial media.


Beberapa projek yang sangat hype melibatkan pembiayaan yang besar benar-benar telah gagal kerana pelbagai sebab antaranya :

  1. Dikompromi sebagai penipuan
  2. Konflik antara pengasas
  3. Kegagalan menyampaikan teknologi yang dijanjikan
  4. Kegagalan penyelesaian yang ditawarkan

Selain itu, infrastruktur yang belum dibangunkan sepenuhnya tidak cukup untuk menyokong banyak idea yang dibangkitkan ketika kempen projek ICO tahun lalu.

Scammer Terlalu Ramai
Laporan ICORating mendapati penipuan menjadi semakin biasa dalam pasaran. 19% daripada projek ICOs pada suku ketiga terlibat dalam penipuan. Mereka telah memadamkan semua akaun sosial media mereka. Kurangnya transparansi dari team dan projek menjadi masalah utama ICOs. Adakah ini bermakna ICO akan menuju ke kemusnahan? Menurut Outlier Venture, ICO tidak akan mati kerana ia akan terus berkembang sebagai industri profesional.

Mahu memberi sumbangan atau terlibat dalam komuniti Market Demon?



No comments: