CBDC Dapat Mengurangi Risiko Yang Menyumbang kepada Krisis Kewangan 2008 - Market Demon

Friday, November 16, 2018

CBDC Dapat Mengurangi Risiko Yang Menyumbang kepada Krisis Kewangan 2008


Stanley Yong, peneraju global untuk penyelesaian mata wang digital bank (CBDC) di IBM, mengatakan bahawa CBDC dapat membantu mengurangkan risiko yang menyumbang kepada kemelut krisis kewangan yang melanda pada tahun 2008.

CBDC, atau mata wang digital kebangsaan, adalah mata wang maya yang dikeluarkan dan dikawal oleh pengawal selia persekutuan. CBDC tidak disentralisasi, seperti kebanyakan cryptocurrency - sebaliknya, CBDC mewakili wang fiat dalam bentuk digital.

Yong menyatakan bahawa CBDC adalah satu-satunya cara pengguna boleh mengenal pasti penyelesaian yang diperlukan untuk perkhidmatan kewangan, terutamanya apabila mereka berfikir mengenai jenis risiko yang timbul semasa krisis Lehman pada tahun 2008.

Beliau menegaskan  bahawa sebahagian daripada sistem dahulu merupakan kegagalan sistemik yang mempengaruhi sistem kewangan di beberapa negara seperti  yang berlaku semasa krisis 2008 yang telah terjadi kesan daripada kurang keyakinan daripada pengguna  dalam  mekanisme pembayaran yang  pada masa itu.

Yong turut mengatakan bahawa salah satu kelebihan utama dari CDBC ialah walaupun dalam ekonomi maju yang masyarakatnya sudah mula menerima "cashless" dimana penggunaan pembayaran secara digital, akan menghasilkan pengurangan dalam "pemecahan pasaran”.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencadangkan agar komuniti antarabangsa "mempertimbangkan" dalam mengesahkan CBDC terlebih dahulu sebelum diluluskan. IMF sendiri mengakui mereka masih belum cukup yakin penggunaan crypto yang lebih luas, ketua IMF Christine Lagarde berkata perlunya peranan yang penting bagi setiap negara untuk membekalkan wang kepada ekonomi digital bagi negara mereka.

No comments: