Kitaran Pasaran : Peristiwa Kitaran [Bahagian 6] - Market Demon

Tuesday, March 26, 2019

Kitaran Pasaran : Peristiwa Kitaran [Bahagian 6]


Kebanyakan orang memikirkan kitaran dari segi fasa yang terdapat di dalamnya dan memahaminya sebagai satu siri peristiwa. Mereka juga menganggap bahawa peristiwa-peristiwa ini berturutan antara satu sama lain dalam turutan biasa, contohnya upswing diikuti oleh downswing dan kemudian terbentuk upswing yang baru. Tetapi untuk memahami sepenuhnya tentang kitaran, mengenalpasti turutan berikut tidak mencukupi.

Peristiwa-peristiwa dalam kitaran tidak boleh dilihat semata-mata sebagai satu siri turutan, tetapi lebih penting lagi dilihat sebagai sebab dan akibat. Selain itu, masa, kelajuan dan julat pergerakan sebahagian besarnya dihasilkan oleh turun naik dalam psikologi.

Peristiwa Kitaran
Kitaran ekonomi mempengaruhi kitaran keuntungan. Pengumuman korporat yang ditentukan oleh kitaran keuntungan mempengaruhi sikap pelabur. Sikap pelabur pula mempengaruhi pasaran. Perkembangan dalam pasaran mempengaruhi kitaran dalam ketersediaan kredit, yang mana mempengaruhi ekonomi, syarikat dan pasaran. Selain itu, peristiwa kitaran boleh dipengaruhi oleh dua aspek :

1. Perkembangan endogenous (internal cause).
2. Perkembangan exogenous (external cause).

Memahami interaksi penyebab ini tidak mudah tetapi ia adalah kunci dalam memahami persekitaran pelaburan.

Simetri Kitaran
Kitaran tidak dapat dielakkan. Setiap masa, turun atau naik akan berlaku, boleh jadi ke tahap yang sangat extreme dan orang ramai mula berkata,

Kali ini ia berbeza.

Ambil contoh terbaru dalam komuniti cryptocurrency. Bagaimana mereka mendakwa bahawa Cryptomania tidak akan berakhir. Mereka memetik peristiwa perubahan sama ada dalam :

1. Geopolitik
2. Institusi
3. Teknologi
4. Tingkah laku

Mereka kemudiannya membuat keputusan pelaburan berdasarkan trend semasa. Tetapi ternyata hukum lama dalam pasaran masih wujud dan kitaran itu diteruskan. Selepas kenaikan yang begitu hebat dalam pasaran cryptocurrency pada tahun 2017, akhirnya ia menemui extreme point apabila berlaku kejatuhan pada penghujung Disember 2017. Kitaran bersifat self-correcting dan reversal tidak semestinya bergantung kepada peristiwa exogenous.

Melihat dari lensa persepsi manusia, kitaran sering kali dilihat kurang simetri. Secara amnya kitaran bersifat semetri. Setiap pergerakan kitaran mempunyai sisi yang lain. Bermaksud, setiap kenaikan selalunya diikuti oleh penurunan dan begitu juga sebaliknya. Fenomena boom & bust dalam pasaran merupakan ilustrasi yang baik bagi memahami simetri kitaran.

Bersambung di bahagian ke-7.

Kitaran Pasaran : Pengenalan [Bahagian 1]
Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Risiko [Bahagian 2]
Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Kebarangkalian [Bahagian 3]
Kitaran Pasaran : Sifat Semulajadi Kitaran [Bahagian 4]
Kitaran Pasaran : Midpoint [Bahagian 5]

Ikuti kami di Twitter & Telegram.

"You Can’t Predict. You Can Prepare."

No comments: