Dictionary.com mentakrifkan kitaran dalam fizik sebagai perubahan lengkap di mana fenomena mencapai nilai maksimum dan minimum, kembali kepada nilai akhir bersamaan dengan yang asal. Dalam erti kata lain, kitaran saintifik dan matematik ini mengikut pola yang konsisten, berakhir di mana ia bermula dan itu berlaku kerana masa dan laluan turun naik sentiasa sama.
Tetapi ekonomi, pasaran, dan tingkah laku serta psikologi pelabur tidak sama seperti yang diterangkan di atas. Sesuatu perkara itu boleh menjadi kitaran tanpa menunjukkan tahap konsistensi. Biasanya setiap sesuatu itu ada turun dan naik. Perkara-perkara semulajadi mempunyai kitaran masing-masing, seperti hidup dan mati. Psikologi pelabur mempunyai kitaran yang sangat ketara dengan peningkatan optimisme dan diikuti oleh pesimisme.
Apabila pasaran naik, pelabur biasa mempunyai kecenderungan untuk berfikir bahawa ia tidak akan jatuh. Apabila pasaran jatuh, pelabur biasa mempunyai kecenderungan untuk berfikir bahawa ia tidak akan naik. Pertaruhan terhadap kecenderungan itu boleh jadi sangat menguntungkan.
Turun naik dalam pasaran tidak semestinya berakhir di mana ia bermula. Banyak kitaran berakhir pada tahap harga yang lebih tinggi dari tahap permulaan. Terdapat juga situasi di mana satu kitaran lengkap berakhir pada tahap harga yang lebih rendah dari tahap permulaan. Cambridge Dictionary pula mentakrifkan kitaran sebagai sekumpulan peristiwa yang berlaku dalam susunan tertentu, satu peristiwa mengikuti peristiwa yang lain dan ia sering berulang. Definisi ini lebih tepat bagi menjelaskan tentang kitaran dalam ekonomi dan pasaran.
Keuntungan besar dibuat dengan melihat sesuatu yang tidak dilihat oleh orang lain dan sekiranya kitaran boleh diramalkan, anda tidak boleh membuat keuntungan besar dengannya. Ringkasnya, kitaran tidak boleh diramalkan. Banyak variasi dikaitkan dengan peranan manusia dalam mencipta kitaran.
Penglibatan manusia dalam proses mencipta kitaran membolehkan kecenderungan emosi dan psikologi mempengaruhi fenomena kitaran. Tingkah laku pelabur memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan kitaran. Manusia adalah sebahagian daripada sebab-sebab kitaran ini wujud.
Bersambung di bahagian ke-8.

Kitaran Pasaran : Pengenalan [Bahagian 1]
Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Risiko [Bahagian 2]
Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Kebarangkalian [Bahagian 3]
Kitaran Pasaran : Sifat Semulajadi Kitaran [Bahagian 4]
Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Risiko [Bahagian 2]
Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Kebarangkalian [Bahagian 3]
Kitaran Pasaran : Sifat Semulajadi Kitaran [Bahagian 4]
Kitaran Pasaran : Midpoint [Bahagian 5]
Kitaran Pasaran : Peristiwa Kitaran [Bahagian 6]
Ikuti kami di Twitter & Telegram.
"The four most dangerous words in investing are : This time it's different."
Kitaran Pasaran : Peristiwa Kitaran [Bahagian 6]
Ikuti kami di Twitter & Telegram.
"The four most dangerous words in investing are : This time it's different."
No comments:
Post a Comment