Kitaran ekonomi, juga dikenali sebagai kitaran perniagaan, menyediakan banyak asas bagi peristiwa kitaran dalam dunia perniagaan dan pasaran. Apabila ekonomi semakin meningkat, lebih tinggi kemungkinan untuk syarikat memperluaskan keuntungan mereka dan pasaran saham akan turut meningkat.
Mungkin beberapa pandangan saya tidak akan mendapat persetujuan ahli ekonomi. Saya bukan pakar ekonomi tetapi sebagai seorang pedagang dan pelabur, saya adalah sebahagian dari ekonomi. Saya membuat keputusan berdasarkan hubungan antara kos dan nilai, risiko dan potensi pulangan. Saya membina kehidupan berdasarkan turun naik ekonomi dan pasaran.
Gross Domestic Product (GDP)
Ukuran utama dari pengeluaran ekonomi adalah GDP (atau KDNK), iaitu Gross Domestic Product (Keluaran Dalam Negara Kasar), jumlah nilai keseluruhan bagi semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan untuk jualan akhir dalam ekonomi. Ia boleh dianggap sebagai hasil daripada mendarabkan bilangan jam yang dihabiskan oleh orang yang bekerja dengan nilai pengeluaran yang dihasilkan setiap jam.
Soalan yang bermain dalam benak kebanyakan pelabur ialah tentang ekonomi sama ada mengalami pertumbuhan atau kemelesetan pada tahun tertentu dan apa kadar perubahan akan berlaku. Kedua-duanya adalah komponen kitaran ekonomi. Apabila pelabur berfikir tentang pertumbuhan GDP Amerika Syarikat pada tahun tertentu, mereka biasanya bermula dengan andaian dalam julat 2-3% atau lebih dan kemudian menambah atau menolak untuk keadaan tertentu.

Titik permulaan untuk pertumbuhan GDP setiap tahun selalunya positif. Sekalipun terdapat pandangan pesimis, mereka tidak akan muncul dengan andaian kadar negatif. Hampir semua orang membuat andaian pertumbuhan GDP akan menjadi positif. Takrif rasmi kemelesetan ekonomi adalah apabila dua suku berturut-turut mengalami pertumbuhan negatif. Dalam gambarajah di atas, dapat diperhatikan sewaktu kejatuhan ekonomi dan pasaran kewangan yang berlaku pada 10 tahun yang lalu, GDP mengalami kadar pertumbuhan negatif.
Bersambung di bahagian ke-9.
“The problem with gross domestic product is the gross bit. There are no deductions involved: all economic activity is accounted as if it were of positive value. Social harm is added to, not subtracted from, social good. A train crash which generates £1bn worth of track repairs, medical bills and funeral costs is deemed by this measure as beneficial as an uninterrupted service which generates £1bn in ticket sales.”
Bersambung di bahagian ke-9.
Kitaran Pasaran : Pengenalan [Bahagian 1]
Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Risiko [Bahagian 2]
Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Kebarangkalian [Bahagian 3]
Kitaran Pasaran : Sifat Semulajadi Kitaran [Bahagian 4]
Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Risiko [Bahagian 2]
Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Kebarangkalian [Bahagian 3]
Kitaran Pasaran : Sifat Semulajadi Kitaran [Bahagian 4]
No comments:
Post a Comment