Kitaran Pasaran : Midpoint [Bahagian 5] - Market Demon

Tuesday, March 26, 2019

Kitaran Pasaran : Midpoint [Bahagian 5]


Kitaran berayun di sekitar midpoint. Midpoint biasanya dianggap sebagai trend sekular. Extreme point sama ada low atau high pula dianggap sebagai nilai berlebihan yang akan dikembalikan. Walaupun kitaran cenderung menghabiskan banyak masa di extreme high atau extreme low, pergerakan harga akhirnya akan kembali ke arah midpoint.


Pergerakan sama ada dari extreme high atau extreme low ke arah midpoint disebut sebagai regresi (mundur), suatu kecenderungan yang kuat dan sangat munasabah. Midpoint secara amnya seperti tarikan magnetik, menarik harga dari arah yang extreme ke arah normal. Biasanya harga tidak akan berada di tahap normal untuk jangka masa yang lama. Setiap kitaran boleh jadi berbeza dari segi :

1. Masa
2. Tempoh
3. Kelajuan
4. Kuasa ayunan

Seperti yang disebut oleh Mark Twain,

History doesn’t repeat itself, but it does rhyme.

Pasaran jarang bergerak dari "underpriced" ke "fairly priced" dan berhenti di situ. Biasanya peningkatan sentimen dan keyakinan dalam pasaran akan menyebabkan pasaran melepasi "fairly priced" ke arah "overpriced." Situasi ini tidak semestinya berlaku tetapi ia biasanya berlaku. Jika ayunan ke arah extreme point bergerak dalam nilai yang besar, correction mungkin akan menjadi lebih ganas. Dalam erti kata lain, gelembung pasaran yang besar boleh diikuti oleh crash yang berbahaya.

Sekumpulan Orang Buta & Gajah
Terdapat satu kisah lama tentang sekumpulan orang buta yang cuba mengenali gajah. Setiap orang menyentuh bahagian yang berbeza pada gajah :

1. Belalai
2. Kaki
3. Ekor
4. Telinga
5. Gading

Mereka memberi penjelasan dan gambaran yang berbeza tentang gajah. Kita sama seperti orang-orang buta itu. Sekalipun kita mempunyai pemahaman yang baik tentang peristiwa yang kita saksikan, kita mungkin tidak memperoleh pandangan yang merangkumi keseluruhan peristiwa. Maklumat  keseluruhan yang diperlukan. Pengetahuan dan maklumat kita terhad kepada bahagian yang kita sentuh. Pengajaran paling penting :

1. Perlunya kajian dan mengingati peristiwa masa lalu.
2. Harus menyedari sifat-sifat kitaran.

Pelabur yang berpandangan sempit mungkin akan sentiasa berfikir bahawa harga emas akan sentiasa menaik selama-lamanya.

Bersambung di bahagian ke-6, peristiwa kitaran.

Ikuti kami di Twitter & Telegram

"It takes courage to grow up and become who you really are."

No comments: