Mampukah Blockchain Menggantikan Spotify? - Market Demon

Tuesday, March 27, 2018

Mampukah Blockchain Menggantikan Spotify?


Artis kini dapat menjana pendapatan dan berinteraksi dengan peminat mereka secara lebih dekat lagi. Dengan meletakkan lagu mereka di Blockchain, dan sesiapa yang terlibat dalam penciptaan lagu tersebut akan dibayar dengan serta merta! Seperti yang kita tahu, di sebalik tabir setiap lagu yang tercipta, terdapat penulis, penyanyi, rekod label muzik dan banyak lagi. Sehingga kini, industri muzik tanah air dan global masih lagi mengalami masalah dalam isu status hak milik, mahupun pengagihan royalti yang tidak sama rata bagi sesebuah lagu akibat sistem yang teruk.

Satu laporan yang dikeluarkan telah mula mendapat perhatian dalam kalangan industri muzik global. Di mana mereka dicadangkan supaya menerima pakai mata wang crypto dan penggunaan platform blockchain. Secara tidak langsung, dapat menyelesaikan masalah dalam isu ketelusan pendapatan artis melalui servis streaming seperti Spotify.

Blockchain Adalah Rekod Transaksi Awam Yang Mula Mengambil Alih Pengurusan Mata Wang, Contoh Popular Ialah Bitcoin & Ethereum
Menurut laporan tersebut, industri muzik perlu mewujudkan satu database pemilikan hak bagi setiap lagu, individu dan pihak yang sepatutnya mendapat bayaran bagi setiap jualan dan streaming. Sesebuah lagu pula diletakkan dalam decentralize server di mana setiap lagu ‘dilekatkan’ dengan coding tertentu dan apabila peminat memuat turun atau streaming menggunakan matawang crypto, ia akan diagihkan hanya kepada pihak yang terlibat seperti artis, penulis, pengurusan dan sebagainya secara automatik. Setiap proses urusan pembayaran yang dilakukan, ia diagihkan dalam sekelip mata berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Satu analisa telah dilakukan berdasarkan lagu yang dimuat turun dari Apple iTunes Store, di mana pihak artis hanya mendapat baki 1 dollar setelah Apple mengambil hak mereka daripada jualan. Menurut salah sebuah syarikat muzik antarabangsa, Rethink Music, perubahan sistem pembayaran ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah isu kekurangan bayaran royalti kepada pihak yang bertanggungjawab.



Status Hak Milik Yang Lebih Telus 
Menerusi pangkalan data yang bersifat decentralize. Ia tidak dimiliki oleh sesiapa dan semua individu mempunyai akses terhadap lagu tersebut dan memberi lebih kuasa hak milik kepada pihak yang sepatutnya selain selamat dari korupsi.


Kebanyakan artis berharap untuk memiliki hak terhadap muzik ciptaan mereka, dengan jaminan bayaran yang setimpal serta jualan pantas bagi setiap hasil kerja mereka. Blockchain telah membuka pintu baru di mana industri muzik akan berubah pada masa akan datang dalam erti kata lain, mereka bebas beroperasi dalam penghasilan dan pulangan daripada hasil titik peluh mereka.

Yang pasti, teknologi blockchain akan kekal bertapak dan akan mengambil alih banyak industri lain. Persoalannya, adakah mereka akan mengadaptasikaan blockchain atau sekadar menutup sebelah mata? Hanya masa bakal menentukan.

Baca juga : Bagaimana Tindakan Kecil Mampu Memberikan Impak Besar