Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Insider Trading - Market Demon

Tuesday, March 27, 2018

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Insider Trading


Insider trading adalah istilah yang mungkin anda pernah dengar sebelum ini, ia dikaitkan dengan aktiviti haram. Itulah sebabnya Martha Stewart dipenjarakan. Anda tentu kenal siapa Martha Stewart. 

Kisah Martha Stewart 
Menjelang penghujung tahun 2001, kisah hitam sebuah syarikat biopharmaceutical yang dikenali sebagai ImClone bermula. ImClone merupakan perusahaaan yang berpangkalan U.S dan mengeluarkan ubat-ubatan untuk pesakit kanser. Pada masa itu, ImClone sedang bereksperimen dengan ubat percubaan khas yang dipanggil Erbitux. Erbitux akan digunakan dalam infusion bagi pesakit yang mempunyai jenis kanser tertentu.

Ubat itu telah diserahkan kepada Food & Drug Administration (FDA) untuk kelulusan, yang mana ia kemudiannya menemui kegagalan. Apabila perkara ini berlaku kepada syarikat perubatan, saham syarikat akan mengalami kejatuhan kerana harapan pemegang saham untuk meraih keuntungan dari penjualan ubat itu musnah.

Seorang doktor yang terlibat dalam syarikat itu ditahan kerana memberi nasihat kepada rakan dan ahli keluarganya untuk menjual saham ImClone sebelum pengumuman dibuat oleh FDA (yang menyebabkan harga saham jatuh).


Malangnya, Martha Stewart adalah salah seorang individu yang terlibat dalam komplot penjualan saham ImClone. Martha Stewart telah menjual lebih daripada $200,000 saham ImClone yang dimilikinya. Beliau menerima maklumat tersebut melalui broker saham. Berita mula tersebar tentang penglibatan Martha Stewart dalam skandal itu. Beliau berulang kali menafikannya tetapi media terus menerbitkan cerita tentangnya.

Martha Stewart kemudian meletakkan jawatan dari lembaga pengarah bursa saham dan sebagai CEO Martha Stewart Living Omnimedia. Malangnya, beliau tidak terlepas begitu sahaja. Pada Jun 2003, Martha Stewart ditangkap dan dibawa ke mahkamah di mana beliau telah disabitkan bersalah atas tuduhan penipuan sekuriti.

Apa Itu Insider Trading
Insider trading berlaku apabila seseorang melakukan jual beli saham berdasarkan akses maklumat dari orang dalam.

Bayangkan anda berada dikalangan lembaga pengarah Exxon Mobil. Anda menghadiri semua mesyuarat peringkat tinggi dan mempunyai akses kepada maklumat dan pendapat orang-orang terdekat, maklumat yang sangat sukar untuk diperolehi oleh orang awam.

Bagaimana sekiranya tiba-tiba anda memutuskan untuk menjual 5 juta saham Exxon? Itu kelihatan agak mencurigakan, kan? Kenapa anda, seorang yang terbabit dalam masa depan syarikat, memutuskan untuk menjual saham anda? Mungkin kerana anda tahu sesuatu yang tidak diketahui oleh orang awam? Itulah bentuk insider trading.

Apa Yang Berlaku Sekiranya Anda Tertangkap?
Sebenarnya sukar untuk mendakwa seseorang apabila terlibat dalam insider trading. Ini kerana tidak semua trading berdasarkan maklumat yang tidak diketahui oleh orang awam adalah insider trading. Sebagai contoh, anda mendengar CEO Exxon berbicara dengan rakannya tentang bagaimana syarikat itu sedang mengalami kejatuhan. Sekiranya anda menjual saham Exxon berdasarkan maklumat itu, ia tidak ditakrifkan sebagai insider trading. Ia juga sukar kerana mengetahui sesuatu adalah berbeza daripada membukti seseorang tahu sesuatu.

Baca juga : Kisah Kerajaan Perancis Dipermainkan Voltaire & La Condamine