Yuran transaksi Bitcoin (BTC) hari ini sangat rendah sejak May 2017. Jika anda melakukan urus niaga hari ini, anda hanya perlu menunggu sekitar 10 minit atau kurang untuk melengkapkan transaksi. Ketika harga Bitcoin tinggi pada tahun lalu, permintaan yang tinggi terhadap Bitcoin menyebabkan yuran transaksi turut meningkat, sekitar $55 untuk setiap transaksi.
Kesan Penggunaan SegWit?
Segregated Witness (SegWit) adalah penyelesaian skala yang dilaksanakan Bitcoin pada Ogos tahun lalu. SegWit berfungsi untuk mengoptimakan block weight, supaya yuran transaksi dapat dikurangkan. Ia telah diintegrasikan dalam beberapa bulan yang lalu oleh sejumlah besar exchange utama dunia seperti Bitstamp dan Coinbase.
Transaksi SegWit telah meningkat dengan pesat, yang kini merangkumi antara 30% hingga 35% dari keseluruhan transaksi. Sebelum ini ramai peruncit telah menolak Bitcoin sebagai cara pembayaran kerana turun naik harga dan yuran transaksi yang tidak menentu.
Sekiranya yuran transaksi rendah dapat dikekalkan walaupun harga dan jumlah transaksi meningkat, Bitcoin dapat digunakan lebih meluas sebagai kaedah pembayaran harian. Sekiranya masalah ini dapat diselesaikan, urusan harian menggunakan Bitcoin akan menjadi lebih baik.
Apa pendapat anda, adakah yuran transaksi yang rendah seperti sekarang dapat dipertahankan? Adakah Bitcoin akan mampu bersaing dengan mata wang fiat sebagai kaedah pembayaran harian?