Pada 23 Mac, Blockstream, penyedia teknologi blockchain terkemuka dunia mengumumkan Lightning Publisher for WordPress, aplikasi Lightning App (LApp) kedua syarikat itu yang bertujuan untuk menguji sistem pemprosesan micropayment baru untuk Lightning Network Bitcoin.
Lightning Publisher for WordPress adalah plug-in yang memberi sesiapa sahaja keupayaan untuk menjadi penerbit dengan membolehkan individu untuk mengumpul bayaran bagi perkongsian kandungan mereka di WordPress.
Konsep Lightning Publisher for WordPress
Selepas penulis menggunakan LApp, pembaca akan dapat melihat preview artikel di blog, kemudian dapat memilih untuk mengakses kandungan penuh dengan membuat micropayment Lightning yang akan dikirimkan ke server Lightning Charge.
Seperti mana FileBazaar, Lightning Publisher for WordPress memberikan pencipta kandungan keupayaan untuk menghasilkan wang melalui penulisan mereka tanpa perlu bergantung kepada pendapatan web berasaskan pengiklanan tradisional. Di samping itu, ia memberi lebih banyak kuasa kepada pembaca untuk memutuskan artikel mana yang mereka mahu beli dan melakukan pembayaran terus kepada penerbit pilihan mereka.
Populariti Lightning Network melonjak naik tahun ini dengan lebih daripada 2,000 saluran aktif beroperasi bulan ini dan pelaburan yang berterusan masuk. CEO Twitter, Jack Dorsey turut terlibat dalam projek ini melalui pembiayaan sebanyak $2.5 juta. Apa pendapat anda tentang Lightning Publisher for WordPress? Berapa lama masa untuk Lightning Network merevolusikan landskap dalam talian?
Baca juga : Apa Itu Lightning Network