Apa Yang Anda Perlu Belajar Dari Lelaki Termiskin Atas Muka Bumi Ini - Market Demon

Monday, March 26, 2018

Apa Yang Anda Perlu Belajar Dari Lelaki Termiskin Atas Muka Bumi Ini


Sesuatu yang mengejutkan menjejaskan dunia dagangan pada Januari 2008. Jerome Kerviel membuatkan majikannya kehilangan hampir 5 bilion euro hanya dalam tempoh beberapa hari. 

Sekira anda tidak mahu mengalami nasib yang sama, penting untuk melihat ke masa lalu sebagai iktibar. Anda boleh memutuskan sama ada Kerviel adalah kambing hitam atau seorang lelaki yang secara sedar telah membuat beberapa kesilapan. Di sini kami kongsikan pengajaran terbaik yang anda boleh pelajari.

Berlaku Jujur Dari Awal
Membina kepercayaan apabila anda sedang mengembangkan perniagaan baru adalah salah satu perkara yang paling memakan masa yang akan anda lakukan dan ia boleh mengambil masa bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, reputasi anda boleh jatuh dalam beberapa minit. Adakah anda akan dapat membaiki kepercayaan orang lain apabila anda sudah kotorinya? Lebih mudah jika anda jujur dari awal.

Sekiranya Jerome Kerviel tidak menyembunyikan aktiviti dagangannya yang mengalami kerugian, tidak mungkin dia akan berakhir menjadi orang termiskin atas dunia dengan hutang hampir 5 bilion euro?

Hanya Kerana Semua Orang Tidak Beretika, Itu Tidak Bermakna Perbuatan Itu Boleh Diterima
Apabila Kerviel berbicara tentang apa yang berlaku, dia cuba menudung jari kepada orang lain. Kerviel fikir sekiranya mereka tahu semua orang mengambil bahagian dalam perdagangan tanpa kebenaran, dia tidak akan menanggung masalah itu. 

Kadang-kadang mudah apabila anda melihat seseorang membuat keuntungan dari sesuatu perniagaan, tetapi anda tahu ianya tidak beretika, anda adalah satu-satunya yang boleh memutuskan untuk tidak mengikuti mereka. Pada akhirnya, setiap orang bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri.



Jerung Bukan Sekadar Mitos, Mereka Wujud Dalam Dunia Perniagaan Juga
Adakah anda benar-benar percaya bahawa setiap orang adalah kawan anda? Ia mungkin kelihatan begitu, terutamanya jika anda boleh memberikan keuntungan dan manfaat kepada orang lain. Tetapi sesetengah orang dan organisasi hanya peduli terhadap kepentingan mereka sendiri.

Tidak perlu kecewa mengenainya, sekiranya anda tidak mahu menjadi orang termiskin di dunia, anda mesti berenang dengan bijak dalam lautan dunia menggunakan kedua-dua mata yang celik. Jerome Kerviel menegaskan bahawa bosnya gembira dengan apa yang dilakukannya semasa dia membuat keuntungan tetapi dia tiba-tiba menjadi kambing hitam korporat dalam sekelip mata apabila keadaan menjadi tidak baik.

Jangan Menunggu Untuk Mengambil Tindakan
Sesetengah keputusan mesti dibuat dengan cepat. Alasan Societe Generale kerugian banyak wang adalah akibat penurunan indeks ekuiti ketika mereka memperbaiki kerosakan yang dibuat Kerviel. Sama ada anda mahu memanggilnya panic-selling atau tidak, satu-satunya sebab ia berlaku adalah kerana sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Apabila anda menjalankan perniagaan anda dan anda mempunyai pemerhatian yang mencukupi untuk menghasilkan ramalan yang tepat, anda mesti mengambil tindakan dengan cepat kerana apabila anda bangun pada keesokan harinya peluang yang sama mungkin tidak wujud lagi.

Kesimpulan
Orang yang paling anda sayang mengharapkan anda, jadi penting untuk anda belajar dari orang termiskin di dunia. Sekiranya anda tertanya-tanya, Jerome Kerviel telah berhutang sebanyak 4.9 bilion euro dan menjalani hukumannya. Kerviel boleh mengelak daripada membuat kesilapan kecil sekiranya ada kemungkinan untuk menekan butang reset, tetapi malangnya dunia nyata tidak ada butang seperti itu.

Dia terpaksa belajar dengan cara yang sukar, dalam masa yang sama melihat sisi yang terang. Jerome Kerviel kini sudah bebas dan tidak akan mengulangi kesilapannya lagi. Biarlah kesilapannya menjadi contoh untuk kita ambil sebagai pengajaran.