Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Oil-Backed Petro - Market Demon

Monday, March 26, 2018

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Oil-Backed Petro


Bulan lalu, Venezuela menjadi negara pertama yang mengeluarkan cryptocurrency sendiri dengan pelancaran "oil-backed Petro." Sekarang Petro boleh dibeli dengan pelbagai mata wang fiat.

Petro Untuk Fiat
Rakyat Venezuela, syarikat-syarikat, dan pihak-pihak yang berkepentingan di Venezuela kini boleh membeli cryptocurrency negara itu dengan pelbagai pilihan mata wang fiat. Dalam pengumuman yang dibuat Khamis lalu, Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berkata,

Bermula 23 Mac, semua entiti undang-undang dan fizikal akan dapat membeli Petro secara langsung... dalam masa 15 hari akan datang dengan mata wang lain : Yuan, Rubles, Turkish Liras, dan Euro.

Presiden Maduro juga menyatakan bahawa mata wang fiat terpilih ini adalah masa depan ekonomi planet ini. Walau bagaimanapun, Petro tidak boleh dibeli dengan Venezuelan Bolivar. Sudah tentu mata wang fiat bukan satu-satunya cara untuk membeli Petro. Orang ramai juga boleh membeli Petro dengan cryptocurrency lain yang sah termasuk Bitcoin, Ethereum, dan NEM.

Persoalannya, apa yang menjadikan cryptocurrency Venezuela ini menarik? Masih menjadi misteri. Petro token dilaporkan tidak mempunyai apa-apa manfaat melainkan kepada kerajaan Venezuala (pembayaran cukai). Maksudnya majoriti yang membeli Petro token tidak boleh menggunakannya. Walaupun begitu, Carlos Vargas, Superintendent of Cryptocurrency & Activity Related Venezuela mendakwa pada awal bulan ini bahawa 83,000 individu di 127 buah negara telah membeli Petro token. Presiden Maduro juga mendakwa penjualan Petro token telah mencecah lebih dari $ 5 bilion semasa tempoh pra-jualan.


Negara Amerika Selatan itu kini sedang menghadapi krisis hiperinflasi, kekurangan makanan, pengangguran yang semakin meningkat, dan pencabulan hak asasi manusia. Melalui Petro, mereka berharap dapat menghindari sekatan ekonomi yang dikenakan oleh U.S. Presiden Maduro memanggil sekatan itu sebagai perang ekonomi dan menyatakan Petro akan membantu Venezuela dalam isu kedaulatan monetari dan menangkis sekatan kewangan.

Presiden U.S, Donald Trump telah mengeluarkan larangan ketat mengharamkan warganegara Amerika daripada terlibat dalam projek Presiden Maduro dan telah mengarahkan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin, mengeluarkan peraturan yang diperlukan untuk menguatkuasakan larangan itu. Apa pendapat anda tentang Petro? Adakah anda fikir orang yang membeli cryptocurrency Venezuela melakukan kesilapan besar?