Clarifying Lawful Overseas Use of Data (CLOUD) Act diluluskan bersama dengan rang undang-undang perbelanjaan persekutuan pada Jumaat lalu, 23 Mac 2018. Akta ini membenarkan agensi penguatkuasa undang-undang untuk meminta akses kepada maklumat dalam talian dari mana-mana negara di dunia.
Akta CLOUD diperkenalkan oleh Senator Republik, Orrin Hatch, dengan sokongan kedua-dua senator dari parti Republik dan Demokrat. Melalui akta ini, agensi penguatkuasaan undang-undang mendapat laluan mudah untuk mengakses data elektronik pengguna seperti e-mel, mesej, dan fail, walaupun ia di simpan di servers negara lain.
Bitcoin & Hak Digital
Beberapa orang termasuk penceramah berpengaruh dan pengarang Mastering Bitcoin, Andreas Antonopoulos, telah mengkritik bagaimana akta CLOUD diluluskan tanpa perdebatan dan kesan akta itu kepada privasi pengguna.
The CLOUD Act passed. It destroys privacy globally, so it had to be snuck into the $1.3 trillion omnibus without debate.— Andreas M. Antonopoulos (@aantonop) March 23, 2018
Encrypt. Encrypt. Encrypt. Go Dark.
When privacy is criminalized, only criminals have privacy. We got sold out, again. pic.twitter.com/Ms5bm1opBo
Kumpulan hak digital Electronic Frontier Foundation (EFF) percaya perbuatan itu melanggar Fourth Amendment yang menuntut sebab yang mungkin, diterjemahkan sebagai tahap kecurigaan yang tinggi, diperlukan untuk sebarang penyiasatan. EFF juga berpendapat tindakan itu boleh menyebabkan U.S memberikan data individu kepada agensi penguatkuasa undang-undang di negara-negara yang dikenali kerana menyalahgunakan hak rakyatnya.
Microsoft, Apple, Facebook, Google & Yahoo Menyokong Akta CLOUD
Presiden Microsoft dan Ketua Pegawai Undang-undang, Brad Smith dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Mac 2018 :
Tujuan pelaksanaan akta Cloud bagi mewujudkan rangka kerja undang-undang moden untuk bagaimana agensi penguatkuasa undang-undang boleh mengakses data merentasi sempadan. Ia adalah statut yang kuat dan kompromi yang baik.
Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Yahoo juga mengeluarkan kenyataan pada 6 Februari 2018 untuk menyokong rang undang-undang tersebut. Menurut mereka, pengenalan perundangan kedua-dua parti (Republik dan Demokrat) ini merupakan satu langkah penting ke arah meningkatkan dan melindungi hak privasi individu, mengurangkan konflik perundangan antarabangsa dan memastikan keselamatan semua. Akta CLOUD menggalakkan dialog diplomatik tetapi juga memberi sektor teknologi dua hak statutori yang berbeza untuk melindungi pengguna dan menyelesaikan konflik undang-undang jika timbul.
Anda bersetuju dengan kritikan Andreas Antonopoulos tentang akta CLOUD? Bagaimana kesannya terhadap komuniti cryptocurrency?