Mutakhir ini, bahang-bahang politik Malaysia menjelang PRU ke-14 semakin rancak terutama di corong-corong media elektronik dan massa. Setiap parti cuba mengetengahkan manifesto masing-masing untuk mendekati dan mendengar jerih perih rakyat buat setengah dekad kepimpinan akan datang. Setiap parti pastinya mempunyai agenda masing-masing yang tidak kita perlu perincikan di sini.
Walau bagaimanapun, tidak boleh tidak, kita perlu mengambil tahu apa yang mahu disampaikan oleh parti-parti politik supaya situasi menang-menang terhadap kehidupan. Anda akan lihat pelbagai strategi dan permainan yang akan
diatur dan dijalankan samaada berbentuk muslihat, pembunuhan karakter,
perancangan teknikal mahupun ucapan persuasif dan pelbagai lagi. Jika sesebuah parti gagal mempunyai pasukan bagi merencana, mengatur dan melaksana strategi dan perang saraf semasa kempen berlangsung, kemungkinan parti itu tidak serius untuk bertanding dan hanya menanti wang deposit hangus.
Market Demon berkongsi artikel yang telah
dinukilkan oleh Pengerusi Kumpulan Blockchain Malaysia; Fattah Yatim (bukan
Fattah Amin) yang menulis tentang perlunya pemimpin berjiwa masa depan mempunyai pendirian dan perancangan terhadap Blockchain. Beliau menjelaskan bahawa Blockchain adalah teknologi
asas dan bukannya distruptive technology sebagaimana yang
dibincangkan kebanyakan penulis. Ia adalah seiring dengan pengenalan teknologi internet dan World Wide Web suatu masa dahulu, dan ia mampu mewujudkan asas baharu terhadap sistem ekonomi dan sosial. Ia sama sekali tidak boleh disamakan dengan kelas teknologi GRAB, Uber atau AirBnB.
Walaupun saluran pengundi yang memahami Blockchain adalah masih rendah jika hendak diukur pada skala PRU, tetapi perlu diingat generasi-generasi muda tidak ketinggalan mengetahui hal ini yang telah datang dengan gelombang yang besar di seluruh negara. Fattah Yatim bermonolog dengan para bakal pelapis negara tentang blockchain dengan dua ayat di bawah yang cukup bermakna:
"Terima kasih pemimpin kerana memahami kami"
Kan dah cakap awal-awal, tapi degil."
Rumusannya, generasi muda pelapis negara, para pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat termasuklah membuat kaji risiko terhadap envisioning sektor yang berkembang pesat seperti blockchain. Timbang-timbanglah dengan adil, fikir bulat-bulat, laksanakan amanah dan suatu hari roket mooning ke bulan! Potensi e-ballot melalui blockchain mungkin boleh dipelopori di masa akan datang. Apa undi anda untuk blockchain?
Shafiq Neurotrader untuk Market Demon