Samsung Galaxy S10 Dan Penyimpanan Kunci Cryptocurrency? - Market Demon

Friday, February 22, 2019

Samsung Galaxy S10 Dan Penyimpanan Kunci Cryptocurrency?

Image result for galaxy s10

Samsung telah mengumumkan pelancaran telefon barunya Samsung S10 hari ini di Seoul, San Francisco dan London, yang memperkenalkan fungsi terbaru Samsung Knox. Menjelang pelancaran S10, khabar angin yang tersebar mengenai konfigurasi dan sokongan telefon S10 untuk dompet cryptocurrency dan DApps pada bulan lalu, imej yang dikatakan S10 yang mempunyai "Samsung Blockchain Keystore" pada Galaxy S10. Imej tersebut dilaporkan bocor yang menampilkan pilihan dompet Ethereum (ETH) dalam senarai "cryptocurrency supported" tetapi semasa perlancaran tiada maklumat mengenai dompet cryptocurrency seperti yang berita yang tersebar.

Samsung bukanlah satu-satunya pengeluar telefon pintar utama yang membangunkan teknologi blockchain  ke dalam telefon pintar mereka. Pada bulan Mei tahun lepas, syarikat elektronik HTC telah melancarkan HTC Exodus "telefon pintar asli asal pertama," yang dilancarkan dengan sokongan teknologi blockchain dan ini termasuk menyokong Bitcoin (BTC) dan rangkaian Ethereum dan laman internet Brave. 




Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:

Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon



No comments: