Parlimen Thai Meluluskan Pindaan Membenarkan Penerbitan Token Sekuriti - Market Demon

Sunday, February 24, 2019

Parlimen Thai Meluluskan Pindaan Membenarkan Penerbitan Token Sekuriti

Image result for thailand approve crypto regulation

Kerajaan Thailand akan pinda Akta Sekuriti dan Pertukaran dalam membenarkan penerbitan token sekuriti sebaik sahaja diluluskan oleh parlimen thailand yang berkuat kuasa pada tahun 2019 ini, sekuriti yang disenarai seperti saham dan bon boleh secara rasmi mendaftar di bawah Jabatan Bursa Thailand(Thai SEC) untuk menggunakan teknologi blokchain. 

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand akan mengeluarkan peraturan tambahan supaya platform crypto juga turut boleh mendapatkan lesen deposit sekuriti. Menurut Timbalan Setiausaha SEC, Tipsuda Thavaramara menyatakan bahawa pengawal selia juga akan membenarkan perniagaan yang beroperasi sebagai deposit sekuriti dan token digital untuk memohon lesen tersebut. Anak syarikat Bursa Saham Thailand (SET) adalah satu-satunya syarikat yang dibenarkan untuk beroperasi sebagai deposit sekuriti bagi operasi dagangan sekuriti SET.

SEC Thai juga akan memutuskan sama ada tawaran token keselamatan akan dikawal selia di bawah akta sekuriti semasa atau dekri diraja mengenai aset digital ini. Keputusan ini bergantung kepada hak dan kewajipan yang berkaitan dengan token tertentu. Awal tahun ini, Kementerian Kewangan Thailand telah mengeluarkan lesen perniagaan bagi aset digital kepada empat firma yang berkaitan dengan crypto di bawah Jabatan Lembaga SEC Thailand.


Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:

Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon

No comments: