Negara Singapura: Kecil-Kecil Cili Api - Market Demon

Sunday, April 15, 2018

Negara Singapura: Kecil-Kecil Cili Api


Apabila memikirkan negara-negara yang mempunyai pasukan tentera paling kuat di dunia, kita secara automatik akan terus fikirkan negara gergasi seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, dan Inggeris. Persoalannya di sini di Asia dan Asia Tenggara khususnya, terdapat sebuah negara yang mempunyai angkatan udara terbaik dan angkatan laut di rantau ini, dan tentera mereka dianggap sebagai salah satu yang paling berkuasa di dunia, ia milik sebuah negara kecil dengan penduduk hanya 5 juta - Singapura.

Kuat Sejak Kemerdekaan

Konsep tentera yang kuat telah dibentuk di Singapura sejak ia memperoleh kemerdekaan dari Malaysia pada tahun 1965. Selepas mendapat kemerdekaan, perkara utama yang negara ini buat adalah mereka melabur dalam keselamatan kerana secara teorinya Singapura terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman memandangkan saiz negara yang kecil maka mereka perlu menaik taraf security system dan ia menjadi satu-satunya cara mereka dapat menjamin negara mereka dapat bersaing dengan pesaing lain. Singapura juga telah membangunkan teknologi serta menggunakan sebaik mungkin sumber yang mereka ada tanpa bergantung kepada negara lain.

Kuasa Tentera Singapura

Kita sedia maklum bahawa Singapura mempunyai teknologi ketenteraan yang moden. Kita ambil contoh, angkatan udara Singapura mempunyai 60 buah jet  F-16C / D dan 40 F-15SG yang direka khusus untuk Angkatan Udara Singapura. Mereka juga mengendalikan 20 AH-64D Apache Longbow helikopter, salah satu senjata api terbaik buat masa ini. Manakala tentera laut Singapura pula mempunyai enam frigate stealth versi francais La Fayette Perancis, beberapa kapal selam berkelajuan tinggi dalam perkhidmatan dan pembangunan dan lima kapal platform pendaratan kelas Endurance yang boleh membawa 18 kereta kebal dan beratus-ratus tentera.


Tetapi tentera  Singapura masih dalam kuantiti yang sedikit berbanding dengan beberapa pesaing serantaunya, dengan hanya 72,000 anggota tentera yang aktif. Tetapi kelebihannya kita boleh lihat ialah mereka mempunyai peralatan yang terbaik dan sebahagian besarnya dihasilkan sepenuhnya atau diperbaiki oleh syarikat domestik negara mereka sendiri. Kita boleh mengambil contoh, Singapura mempunyai Leopard 2SG, Bionix Infantry Fighting Vehicle dan Terrex Infantry Carrier Vehicle. Negara ini juga mempunyai perkhidmatan ketenteraan yang wajib diambil oleh warganegara mereka dan mereka boleh menggerakkan tenteranya untuk berperang pada bila-bila masa sahaja dengan pantas. Semua peralatan mewah ini sangat mahal. Walaupun kecil, Singapura telah berjaya menjadi kuasa ekonomi dan tentera global.


Dari sudut ekonomi pula pada tahun lepas, majalah Global Finance menyatakan bahawa Singapura menduduki tangga ke-4 sebagai negara terbaik di dunia dari segi GDP, dan ia mampu bertahan dalam senarai itu selama beberapa dekad. Jika dilihat balik pada sejarah, Singapura mempunyai belanjawan pertahanan yang tinggi, biasanya sekitar tiga hingga empat peratus daripada GDP nya, walaupun telah mencapai setinggi 5% pada masa lalu. Belanjawan tentera tahun ini adalah sebanyak $14.76 bilion, iaitu 18% daripada belanjawan tahunan Singapura.


Tetapi apa yang benar-benar membezakan Singapura daripada jiran-jirannya ialah dalam bidang teknologi dan peralatan ketenteraan, ini adalah hakikat bahawa kesemuanya diintegrasikan ke dalam satu pasukan pejuang yang komprehensif dan menyeluruh. Bukan itu sahaja mereka tahu cara untuk mengendalikannya  ke tahap yang paling tinggi (to the limit) apabila mereka menghadapi ancaman dari musuh. 

Kesukaran Geografi

Tetapi tentera Singapura juga mempunyai masalahnya yang tersendiri iaitu dari sudut geografi kerana mereka tiada tempat latihan yang cukup di pulau itu untuk melatih pasukan mereka. Oleh itu, Singapura terpaksa menghantar beberapa tenteranya dan peralatannya ke luar negara untuk diberikan latihan seperti di Amerika Syarikat, Australia, Brunei, New Zealand dan Taiwan sebagai tempat latihan tentera mereka. Dikatakan, idea bagi mengedarkan tenaga kerja dan aset ke luar negara merupakan backup, berbentuk insurans, sekiranya pasukan di Singapura kalah dalam serangan musuh. Oleh itu, aset-aset ini boleh digerakkan sebagai follow-on-force, yang akan memperkuatkan barisan pertahanan mereka.


Singapura juga menyertai beberapa operasi antarabangsa seperti di Afghanistan dan misi ke negara-negara yang terjejas akibat bencana alam. Walau bagaimanapun, Singapura masih di dalam keadaan berhati-hati di mana tindakan negara China yang berada di Laut China Selatan masih belum selesai antara dua negara ini kerana masing-masing ingin medapatkan kawasan yang strategik bagi meletakkan tentera mereka untuk mengawal Laut China Selatan. 

Jadi apa yang kita boleh lihat di sini, walaupun Singapura merupakan negara yang kecil jika hendak dibandingkan dengan negara jiran mereka seperti Indonesia, Malaysia, Brunei tetapi keupayaan negara ini tidak boleh dipandang rendah kerana negara Singapura merupakan negara yang mempunyai sekutu yang kuat serta teknologi yang lebih canggih dalam ketenteraan mereka, membuatkan sesiapa yang berani mengancam mereka perlu berfikir banyak kali kerana keupayaan ketenteraan mereka bukan boleh dipandang ringan. Kecil bukan sebarang kecil.