3 Apr 2018 - Monex, sebuah
broker Jepun dikatakan akan membeli cryptocurrency exchange Coincheck. Shareholder syarikat juga dilihat positif dengan perkembangan tersebut bagi
tujuan penambahbaikan perlindungan pelabur.
Coincheck
dilaporkan telah kerugian hampir $547 juta kehilangan altcoin NEM akibat
digodam penjenayah siber. Berita ini telah memberi petunjuk positif berhubung
idea ini dan Saham Monex dikatakan meningkat 23% di Tokyo Stock Exchange
susulan berita ini.
Walau
bagaimanapun, seperti syarikat exchange lain, Monex masih perlu membuat permohonan kelulusan daripada Japanese
Financial Services Agency (FSA) berhubung perkara ini dengan mendapat kelulusan shareholder terlebih dahulu. Lima cryptocurrency
exchanges baru-baru ini dilaporkan telah menarik semula permohonan lesen cryptocurrency exchange kerana sukar memenuhi keperluan
kerajaan yang ketat.
Antaranya
ialah Tokyo GateWay dan Mr.Exchange dan diikuti Raimu, bitExpress dan Bit
Station. Jepun sudah dimaklumi Negara yang positif dengan wang digital dan
telah mengenakan syarat yang ketat dengan mensyaratkan keperluan permohonan lesen bagi melindungi para
pengguna.