Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) berkata bahawa kelewatan dalam perlaksanaaan peraturan crypto dapat memberi masa yang banyak serta kebebasan dalam industri tersebut.
Pesuruhjaya mendapati bahawa proses mengawal selia industri baru tersebut mungkin mengambil masa yang panjang, dan menegaskan bahawa SEC perlu bertindak sewajarnya untuk membolehkan industri ini terus berkembang tanpa membuang undang-undang sedia ada.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang terjadi rombakan dan menyatakan bahawa tindakan penguatkuasaan bukanlah kaedahnya dalam menetapkan sesuatu peraturan bagi pelabur-pelabur crypto. Lebih-lebih lagi terdapat beberapa projek crypto yang terbantut tanpa sebarang kemajuan ini disebabkan undang-undang sekuriti yang menjadikannya projek crypto tersebut tidak boleh diteruskan.
Kongres A.S. mungkin dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan crypto dengan hanya mengiktirafkan beberapa aset digital dan dijadikan sebagai kelas aset yang baru. Inisiatif ini telah diperkenalkan kepada Dewan Perwakilan pada akhir Disember 2018. Dalam rang undang-undang tersebut, dua wakil A.S. berusaha untuk mengecualikan mata wang digital daripada didefinisikan sebagai sekuriti dengan meminda Akta Sekuriti 1933 dan Akta Sekuriti 1934.
Twitter: Market Demon
No comments:
Post a Comment