MetaMask Palsu Ditarik Semula Dari Google Play Selepas Dikenal Pasti Sebagai Malware - Market Demon

Tuesday, February 12, 2019

MetaMask Palsu Ditarik Semula Dari Google Play Selepas Dikenal Pasti Sebagai Malware

Image result for metamask fake at google play

Aplikasi desentralisasi (DApp) MetaMask menghadapi masalah baru apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab membuat aplikasi MetaMask yang palsu dan meletak di Google Play.  Perisian malware yang  palsu tersebut akan menggantikan maklumat clipboard komputer  bagi tujuan mencuri cryptocurrency pengguna. Google telah mengenal pasti dan mengeluarkan aplikasi palsu tersebut dari Google Play.

Aplikasi tersebut lebih dikenali sebagai "Clipper," malware ini menggantikan alamat dompet cryptocurrency pemilik dan diubah dengan alamat wallet kepunyaan penyerang dengan harapan dana yang dipindahkan akan terus ke wallet penyerang tanpa diketahui oleh pengguna.

Malware Clipper ini didapati mula berada di Google Play dan telah dikesan oleh penyelesaian keselamatan ESET antivirus. Malware ini menyamar sebagai perkhidmatan yang sah yang dipanggil MetaMask. MetaMask, merupakan salah satu aplikasi DApps yang berasaskan Ethereum (ETH), dan sebelum ini juga pernah terjadi kes seperti ini yang berkaitan penggunaan nama Meta Mask dalam penipuan cryptocurrency.

Pada bulan November tahun lepas, MetaMask telah mengesahkan rancangan untuk melancarkan Meta Mask dalam bentuk aplikasi mudah alih, yang akhirnya telah menjadi sasaran isu malware terbaharu.



Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:

Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon

No comments: