SIM Swappers Bakal Menjadi Ancaman Jenayah Terbesar Pada Crypto pada 2019 - Market Demon

Wednesday, February 13, 2019

SIM Swappers Bakal Menjadi Ancaman Jenayah Terbesar Pada Crypto pada 2019

Image result for sim swapping dangerous for crypto

Pertukaran SIM adalah konsep yang agak mudah difahami, tetapi potensi kerosakan kesan dari pertukaran SIM ini adalah sangat berbahaya. Bagaimana ia berlaku? Penyerang mendapatkan maklumat asas tentang individu, kemudian gunakannya untuk meminta nombor telefon pengguna itu dan dialihkan ke kad SIM yang baru bagi tujuan yang tidak baik dari individu yang tidak bertanggungjawab. Setelah ia dilakukan, penyerang dapat menerima apa-apa SMS yang diterima oleh mangsa.

Dengan mendapat akses daripada telefon mangsa, penyerang kemudian boleh meminta kata laluan dan data mangsa yang sensitif  seperti bank dan boleh mendapat akses ke akaun peribadi mangsa. Ini sangat membingbangkan kerana SIM swapping bakal menjadi jenayah terbaru khususnya pada pemilik aset crypto.

Bukan itu sahaja, penyerang yang mendapat akses kepada Pengesahan dua faktor(2FA) mangsa dapat memberikan kelebihan yang besar dalam mengakses dan mengubah butiran akaun mangsa, yang akhirnya akan memberi penyerang akses kepada data dan dana mangsa.

2FA adalah langkah keselamatan tambahan untuk melindungi akses kepada perkhidmatan seperti dompet cryptocurrency. Walaubagaimanapun pengguna masih perlu mengetahui kata laluan ke akaun dan memiliki peranti untuk membuktikan identiti mereka. Walau bagaimanapun, apabila penggodam mempunyai akses kepada data mangsa melalui pertukaran SIM, penyerang boleh mengakses 2FA lalu dapat menerima kod pengesahan pada SMS telefon mangsa.


Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:

Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon



No comments: