Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Jeju - Market Demon

Sunday, April 8, 2018

Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Jeju

1. Seongsan Ilchulbong (Sunrise Peak)

Terletak di hujung timur Pulau Jeju dan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari lapangan terbang Jeju menaiki kereta. Dari puncak gunung sini kita dapat melihat pemandangan kawah yang terhasil.


2. Seopjikoji 

20 minit dari Seongsan IIchulbong,

Di sini pengunjung dapat melihat permandangan yang cantik sepanjang jalan dan di penghujung jalan pula terdapat rumah api dan sebuah gereja.


3. Jeongbang Waterfall 

1 jam 30 minit dari seopjikoji,

Uniknya Jeongbang Waterfall ini adalah kerana air terjunnya yang jatuh terus ke laut.


4. Jusangjeoli cliff 

30 minit dari jeongbang waterfall,

Jusangjeoli Cliff ini menjadi tarikan orang ramai kerana tebing yang berbentuk heksagon ini terbentuk akibat letusan gunung berapi.


5. Cheonjeyeon Waterfall 

10 minit dari Jusangjeoli Cliff, anda dapat melihat Cheonjeyeon atau digelar sebagai “The Pond of God” kerana terdiri daripada 3 lapisan air terjun!


6. Cheonjiyeon Waterfall

Terletak 2 km dari Cheonjeyeon Waterfall dengan ketinggian 22 m Cheonjjiyeon Waterfall juga merupakan tempat yang harus dilawati.


7. Yongmeori Coast 

30 minit dari Jusangjeoli Cliff. Disini kita dapat melihat tebing tinggi di sepanjang laut.


8. Udo Island- terletak bersebelahan Seongsan IIchulbong 

Jika di Seoul terdapat Pulau Nami yang cantik, di Jeju juga pengunjung dapat melihat pulau yang kecil ini dengan kecantikan semulajadi! Pengunjung juga dapat melakukan banyak aktiviti seperti snorkelling, scuba, berbasikal, ATV, menunggang kuda dengan berlatar belakangkan pemandangan Seongsan IIchulbong dan banyak lagi! Cadangan masa ialah separuh hari. 


9. Gwangchigi Beach 

Dengan hanya 10 minit dari Seongsan Ilchulbong, anda dapat melihat pantai yang terkenal dengan batu-batu hijau yang unik berlatar belakangkan pemandangan Seongsan Ilchulbong!


10. Woljeongri Beach

1 jam dari Bandar Jeju, 30 minit dari Seongsan IIchulbong

Merupakan pantai tercantik di Pulau Jeju kerana pengunjung dapat melihat pantai pasir putih yang bersih dengan laut yang kebiruan!


11. Dongmun Market

Terletak di Bandar Jeju. Di sini pengunjung dapat merasa pelbagai makanan dan membeli buah tangan. Tetapi bukan semua boleh dimakan pastikan anda melihat dulu apa yang dimasak! 



12. Mysterious Road Jeju City

Apa yang misterinya di sini ialah kerana jalannya yang berbukit. Jika kereta tersebut menurun gear kereta yang sepatutnya menurun bila gear Natural, sebaliknya kereta tersebut menaiki bukit tersebut! Pengunjung juga boleh membuat eksperimen dengan menggunakan botol dan kelihatan botol itu menaiki bukit! Terletak berdekatan Bandar Jeju.


13. Mt hallasan

Jika anda seorang pendaki gunung dan juga pencinta alam, ini adalah tempat yang wajib untuk dilawati!


14. Yongduam Rock 

Juga dikenali sebagai Dragon Head Rock yang merupakan tarikan untuk pengunjung datang. 


15. Micheon Cave

IIchu Land (1 jam dari Seopjikoji)


16. Songeup Folk Village

Terletak di IIchul Land berdekatan dengan Micheon Cave, Seongeup Folk Village memaparkan budaya unik di pulau ini dengan membina pagar rumah menggunakan batu larva yang mudah ditemui di sekitar Pulau Jeju. 


17. Mt Sanbangsan 

Gunung ini terletak di bahagian paling selatan Pulau Jeju. Berbeza dengan gunung lain, di sini terdapat gua besar yang dijadikan tempat ibadah masyarakat Jeju yang beragama Buddha.


18. Manjanggul Cave

Manjanggul Cave ini merupakan tabung lava terpanjang di dunia! Dengan kecantikan semulajadi, gua ini menjadi tarikan yang mesti dilihat jika anda melawat ke Pulau Jeju.


19. Sangumburi Crater

Pada musim luruh Sangumburi Crater sangat popular dengan silver grass. Walaupun perjalanan agak mendaki tetapi pengunjung tidak akan merasa bosan kerana disajikan dengan pemandangan yang cantik!