Kisah di sebalik California Gold Rush (Episod II) - Market Demon

Sunday, April 8, 2018

Kisah di sebalik California Gold Rush (Episod II)

Episod #2: Perjalanan yang panjang

Berita emas itu cepat tersebar. Ramai yang mula berhijrah ke barat Amerika untuk 'memburu' emas dengan harapan ia masih ada. Terdapat dua laluan untuk sampai ke California dari wilayah timur AS. Ramai yang berkelana melalui jalan darat, manakala, selebihnya menggunakan laluan laut, selalunya ramai pengembara menggunakan laluan darat. Kedua-duanya akan mengambil masa hampir enam bulan.

Untuk sampai ke sana, ramai pelombong dan keluarga berhijrah melalui Laluan California. Laluan tersebut dari Missuori ke California dan kebanyakan mereka berjalan kaki atau menaiki wagon. Lapar dan dahaga perjalanan sudah menjadi kemestian. Buat yang melalui jalan laut, kesusahannya tetap sama, pelayaran menyebabkan mabuk laut dan wabak penyakit yang cepat tersebar di atas kapal. Buah dan sayur tidak dapat bertahan lama ketika itu, jadi, satu pilihan adalah menyimpan bekalan di pelabuhan transit di Amerika Selatan.



Biarpun laluan mana yang dipilih, mereka mengambil risiko untuk sampai ke California. Buat sesetengah penggali emas, ia adalah kerja yang berbaloi. Cerita tentang 'banyaknya' emas tersebar cepat dan ribuan manusia membanjiri California hanya beberapa bulan selepas beritanya tersebar. Bermula 1849, California Gold Rush bermula!

Ucapan Presiden Polk memberi keyakinan emas ada di California, dalam petikan ucapannya beliau mengucapkan betapa bernilainya kawasan California seperti berikut:

Adalah dimaklumi bahawa aktiviti penggalian emas di California sedia ada semasa pemilikan awal ia dijalankan. Penemuan terbaru, terdapat kemungkinan emas ini masih ada (lebih banyak) dan lebih bernilai dari apa yang dijangkakan. Emas yang banyak di kawasan California adalah diluar jangka dari apa yang dilaporkan oleh pegawai Kerajaan yang telah melawat dan menyalurkan fakta dari apa yang diperhatikan mereka...Pemeriksaan teliti telah membawa kepercayaan wujudnya bekalan emas yang besar dan ia ditemui di pelbagai kawasan di pelusuk California.  

Analisis MD: Presiden Polk menggunakan perkataan-perkataan yang persuasif seperti penemuan terbaru, luar jangka, laporan autoriti pegawai, pemeriksaan teliti, bekalan yang banyak dan lain-lain dalam ucapannya. Sesungguhnya beliau mempunyai pegawai yang mempunyai otak.
Dalam pelaburan, otak dan perasaan anda akan diuji dengan fakta yang terhidang dan tidak semuanya adalah betul dan ramai gagal 'membaca' atau ia sememangnya dibuat untuk anda terus gagal.


Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
shafiq.cryptocall@gmail.com