RHB Islamic Akan Memperkenalkan Platform Pembiayaan e-dagang - Market Demon

Sunday, April 8, 2018

RHB Islamic Akan Memperkenalkan Platform Pembiayaan e-dagang


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Datuk Adissadikin Ali berkata platform baru yang akan diperkenalkan pada tahun depan akan dibangunkan bersama syarikat teknologi kewangan (FinTech).

Beliau berkata platform baharu itu merupakan inisiatif terbaru bagi bank untuk memanfaatkan pertumbuhan industri yang pesat berkembang kini.

Dengan adanya Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang bakal menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan tempatan, mereka menyedari peluang banyak untuk keperluan pembiayaan yang dapat ditawarkan kepada pengusaha tempatan.

Usaha ini juga merupakan langkah penting memandangkan potensi yang dipercayai di mana banyak usahawan dalam ruangan e-dagang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan kerana status syarikat baru mereka.

Adissadikin berkata platform pembiayaan ini merupakan sesuatu yang baru di institusi kewangan, menyatakan bahawa RHB Islamic mengembangkannya secara sistematik untuk berkhidmat dengan lebih optimum untuk usahawan tempatan.

Memandangkan ia sesuatu yang baru dalam industri, kami melaksanakan pelbagai rujukan termasuklah pengurusan risiko untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ini merupakan peluang besar bagi RHB Islamic untuk meneroka potensi pembiayaan patuh Syariah yang dijangkakan akan berkembang pesat selaras dengan hasrat kerajaan untuk memacu ekonomi digital.