Salah Faham Newcomer Tentang Buy & Hodl Strategy [Bahagian 2] - Market Demon

Thursday, February 1, 2018

Salah Faham Newcomer Tentang Buy & Hodl Strategy [Bahagian 2]


Sambungan artikel sebelum ini berkenaan Buy & HODL Strategy. Seperti yang disebut sebelum ini, HODL tidak terpakai dalam semua keadaan market. Di sini anda perlukan kemahiran mengenalpasti fasa-fasa market seperti accumulation, mark up, re-accumulation, distribution, mark down, dan re-distribution.

Bitcoin Market 2017

Berdasarkan gambar diatas, Bitcoin sedang mengalami fasa mark up atau bullish (menaik). Katakan, anda mula memasuki pasaran (buy) ketika harga di paras 5,000 USD. Anda membeli 1 BTC, bermaksud nilainya bersamaan 5,000 USD.

Sebaik saja Bitcoin bullish ke paras harga 18,000 USD, anda sudah pun meraih keuntungan sekitar 260%. Keuntungan yang anda perolehi bersamaan 13,000 USD.

Ingat balik dalam artikel sebelum ini, Buy & HOLD Strategy tidak valid ketika bear market (pasaran menurun). Apa akan berlaku jika anda teruskan HODLing position anda selepas itu? Lihat gambar dibawah.

Bitcoin Market 2017-2018

Drop sehingga -54.09% di paras harga 9,036 USD. Ya, jika anda masih HOLDing, anda masih lagi untung walaupun berlaku decline yang begitu besar kerana anda masuk ke dalam pasaran ketika harga di paras 5,000 USD. Tapi anda telah kehilangan sekitar 8,964 USD profit. Jika anda keluar dari pasaran lebih awal, keuntungan yang anda perolehi tadi sudah mencecah nilai 13,000 USD.

Kami pernah memberi amaran kepada anda pada Disember tahun lalu menerusi channel telegram Market Demon tentang potensi terjadinya bear market sebelum Bitcoin Futures dilancarkan. Decline sebanyak -54.04% merupakan kejatuhan terbesar Bitcoin sejak tahun 2013.

Bitcoin Market 2013-2014

Bear Market (Mark Down) terakhir Bitcoin berlaku pada penghujung tahun 2013 dan berakhir pada awal tahun 2015. Tempoh masa yang diambil untuk melengkapkan fasa ini selama 407 hari. Berlaku penurunan harga sekitar -86.70%. Selepas fasa ini, pullback/retracement hanya berlaku sekitar -25% hingga -45% sahaja. Pola penurunan sebelum ini (semasa Bull Market) sangat sekata. Jadi, boleh dikatakan penurunan yang berlaku sekarang iaitu -54.09% merupakan sesuatu yang tidak normal.

Selepas CME melancarkan Bitcoin Futures, harga Bitcoin terus menyusut. Persoalannya, adakah Bear Market Bitcoin sudah bermula?

Market beroperasi dalam satu kitaran. Untuk menjadi profitable trader, anda perlu memiliki kemahiran mengenalpasti semua fasa dalam kitaran ini dan menguasai kemahiran mengesan lebih awal setiap perubahan fasa yang terjadi. Sejarah telah pun membuktikan tentang teori ini.

Bitcoin Market 2014-2016

Setiap penurunan, pasti ada kenaikan dan setiap kenaikan pasti akan berlaku penurunan. Jika anda Buy & HODL semata-mata tanpa mengambil peduli fasa market, anda tidak layak menggelarkan diri anda sebagai trader mahupun investor. Anda hanyalah seorang penjudi.


Apa akan jadi jika Bitcoin mengulangi sejarah 2013, drop sekitar -86%? Mereka yang membeli Bitcoin lebih awal mungkin tidak akan terkesan. Bagaimana dengan golongan FOMO yang mula masuk ke dalam pasaran sewaktu Bitcoin all time high (sekitar 19,000 USD) tempoh hari? Sudah tentu mereka tidak senang duduk menanti Bull Market seterusnya.

Bagaimana cara untuk mengesan perubahan fasa dalam market? Tunggu artikel selanjutnya.



Penafian : Segala bahan dan kandungan dalam laman blog ini hanya untuk perkongsian maklumat dan pembelajaran. Apa yang ditulis bukan signal atau cadangan pelaburan dan dagangan. Anda disarankan menjalankan kajian yang lebih terperinci sebelum membuat sebarang kesimpulan berdasarkan maklumat-maklumat yang terkandung dalam laman blog ini.