Apa Yang Amatur Trader Perlu Tahu Tentang Bull Trap & Bear Trap - Market Demon

Friday, February 2, 2018

Apa Yang Amatur Trader Perlu Tahu Tentang Bull Trap & Bear Trap



Bull Trap
Bull trap adalah isyarat palsu (false signal) yang menunjukkan trend menurun (bearish) telah berubah menjadi menaik (bullish), sedangkan ia akan terus menurun. Pemain pasaran yang terperangkap dengan buy signal ini akan mengalami kerugian.

Kebiasaannya pasaran akan bergerak lebih tinggi (bullish) kemudian dengan cepat bertukar arah (bearish). Ini dikenali sebagai bull trap kerana para pemain pasaran yang terpengaruh dengan isyarat palsu itu akan terperangkap dalam kerugian.

Dari sudut psikologi, bull trap berlaku kerana kuasa beli tidak cukup besar untuk menolak harga ke atas lantas menyebabkan momentum berkurang dan tidak cukup kuat untuk meneruskan pendakian. Bull trap juga boleh berlaku kerana pengambilan untung terlalu awal oleh pemain pasaran kerana tidak yakin dengan perubahan trend (bullish).



Bear Trap
Bear Trap bertentangan dengan Bull Trap. Bear Trap adalah isyarat palsu (false signal) yang menunjukkan bahawa perubahan trend telah berlaku, dari menaik (bullish) menjadi menurun (bearish). Bear trap mendorong pemain pasaran menjual semua pegangan mereka sedangkan penurunan trend hanya terjadi sementara dan pasaran kembali pulih atau menaik.

Apabila bear trap terjadi, pemain pasaran yang menjual pegangan mereka mungkin akan menyesal kerana menjual terlalu awal.



Cara Mengelak Dari Terkena Bull/Bear Trap
Anda boleh mengelak dari terkena bull/bear trap dengan menunggu pengesahan trend terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dagangan. Kebiasaannya bull trap kerap berlaku di timeframe rendah. Jadi, anda disarankan menggunakan timeframe yang lebih besar dan melihat pasaran secara menyeluruh dalam skop yang lebih luas.

Menguasai kemahiran teknikal analisis juga dapat membantu anda mengenal pasti dan mengelakkan dari terpengaruh dengan false signal.

Jangan lupa ikuti Twitter Market Demon dan channel telegram Market Demon