Salah Faham Newcomer Tentang Buy & Hodl Strategy - Market Demon

Thursday, February 1, 2018

Salah Faham Newcomer Tentang Buy & Hodl Strategy


Antara istilah popular yang anda akan jumpa sebaik saja melangkah masuk ke dunia cryptocurrency adalah "Buy & HODL". HODL merupakan singkatan bagi "Hold On for Dear Life." Dalam bahasa mudahnya, anda beli dan terus simpan walau apa pun yang terjadi dalam pasaran. Mereka yang tidak HODLing akan digelar sebagai weak hand.

Ramai yang salah faham tentang strategi ini. Bertambah malang, mereka menyebarkan fahaman Buy & HODL yang salah sesama mereka. Buy & HODL tak terpakai setiap waktu & strategi ini tidak boleh digunakan untuk semua keadaan market jika anda mahu menjadi profitable trader.


Sebagai contoh, jika anda memiliki 19,000 USD sebelum Bitcoin drop di paras harga 19,000 USD, kemudian anda teruskan HODL, nilai akaun anda akan susut nilai sehingga -10,000 USD.

Tapi jika anda keluar dari pasaran sebelum Bitcoin drop di paras 19,000 USD, anda masih memiliki 19,000 USD dalam tangan & boleh re-entry pada "harga diskaun" iaitu selepas Bitcoin jatuh ke paras maksima. Di sini, anda boleh melipat gandakan lagi nilai "aset" anda.

Fasa-fasa Market

Fasa market yang anda tidak boleh HODL position :

1) Mark down
2) Distribution
3) Redistribution

HOLD hanya valid ketika :

1) Accumulation
2) Reaccumulation
3) Mark up

Jika anda sedar telah tersalah masuk position ketika market sedang bearish atau mark down, jangan hold, cut loss. Kawal risiko, kurangkan loss, kurangkan negative float, maksimakan profit.

Sekian, jangan lupa ikuti akaun Twitter rasmi Market Demon

Bahagian Kedua