Apa Itu Industri 4.0?
Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Ke-4 boleh ditakrifkan sebagai gabungan dan percambahan perkembangan teknologi baru dalam industri yang berbeza, industri 4.0 termasuk dari teknologi A.I kepada tenaga yang boleh diperbaharui.
Kekuatan dan pengaruh teknologi ini berkembang sejajar dengan peningkatan perhubungan antara berbilion-bilion orang, kemudahan mengakses perhubungan data dan pengetahuan yang semakin meningkat.
Contoh Industri 4.0 :
1. Bandaraya Pintar
2. Blockchain, Bitcoin, Cryptocurrencies
3. A.I
4. Tenaga boleh diperbaharui (Clean-tech)
5. FinTech
6. E-Commerce
7. Robotik
8. Percetakan 3D
9. Realiti maya
10. Perkongsian ekonomi
11. Nanoteknologi
12. Bioteknologi
13. Genetik
14. Inovasi Pertanian
Industri 4.0 sudah pun wujud pada hari ini. Melalui amalan Industri 4.0 yang meluas, rantau yang paling dinamik di dunia, iaitu Asia Tenggara berpotensi untuk melangkah ke hadapan bukan dengan hanya merangkul tetapi turut menyumbang kepada teknologi baru yang akan mengubah cara hidup, komunikasi dan budaya kerja.
Singapura sebagai contoh sudah menjadi mercu tanda dunia yang memegang status hub teknologi canggih dengan perancangan bandaraya pintar. Sebaliknya, Malaysia mengambil alih perkongsian ekonomi dalam bidang pengangkutan dengan platform Grab yang semakin berkembang. Indonesia pula berjaya mengukuhkan hartanah mewah yang terletak di resort semulajadi di Bali dengan membina High Temperature Gas Reactors (HTGR) menggunakan teknologi canggih dan bersih sebagai model perniagaan.
Sekiranya teknologi industri 4.0 dimanfaatkan dengan berkesan dan diperuntukkan untuk kebaikan orang ramai, perubahan ini akan meningkatkan tahap pendapatan, kualiti hidup dan juga kesaksamaan jantina dalam populasi kerana peningkatan pergerakan dan pendemokrasian platform pekerjaan.
Walau bagaimanapun, perlu diberi perhatian bahawa perkembangan ini juga akan membawa kesan buruk kepada orang yang terlibat dalam industri lama yang akan dihentikan. Ia juga akan membawa teknologi lebih jauh ke dalam rutin orang ramai, berpotensi meningkatkan ketagihan kepada gadjet dan mempengaruhi kesihatan orang ramai.
Ekonomi Asia Tenggara dijangka berkembang sekurang-kurangnya 5% setahun sehingga 2020, melebihi pertumbuhan global sebanyak 3.5%.