Kerajaan UK menawarkan dana RM173 juta untuk teknologi blockchain - Market Demon

Thursday, January 25, 2018

Kerajaan UK menawarkan dana RM173 juta untuk teknologi blockchain


Foto: www.shearing.com

Innovate UK mengumumkan akan membuka tawaran dana sebanyak RM106 juta (£19 juta) dalam memberi sokongan terhadap teknologi berasaskan blockchain. Tambahan, pihaknya juga dikatakan akan melabur dalam projek-projek teknologi berpotensi tinggi yang mampu memberi peluang pekerjaan kepada lepasan-lepasan graduan dengan potensi pelaburan lukratif tambahan sebanyak £12 juta pound. Ia diklasifikasikan sebagai kategori di bawah Teknologi Digital, iaitu, satu daripada empat kategori yang disenaraikan.

Pemohon boleh membuat permohonan dan kertas cadangan sehingga Mac 2018. Skop permohonan mestilah sekurang-kurangnya MYR200,000 dan beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan. Ia mestilah dijalankan oleh oleh syarikat individu atau kumpulan-kumpulan penyelidik. Salah satu kriteria yang diperlukan adalah bisnes tersebut harus mampu menampung 70% daripada kos keseluruhan projek tersebut.

Pengumuman ini adalah selari dengan inisiatif Innovate UK iaitu untuk menggarap idea dan projek baharu di dalam sektor blockchain. Baru -baru ini, Innovate UK telah menganugerahkan projek bernilai £248 ribu pound bagi projek startup blockchain.

Projek yang akan diberi fokus bagi penggunaan distributed ledger technology dalam mesin pembelajaran, artificial intelligence (AI), reality maya (VR) dan lain-lain. Jika anda warga dan mempunyai kerakyatan UK, anda boleh membuat permohonan di sini.

Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
25 Jan 2018