Berita baik buat peminat Arsenal dan cryptocurrency - Market Demon

Thursday, January 25, 2018

Berita baik buat peminat Arsenal dan cryptocurrency

Kelab gergasi Arsenal meterai perjanjian mempromosi mawatang kripto!

Sumber foto: https://coin.cashbet.com/
Jika sebelum ini, heboh dikatakan matawang kontroversi MSD telah menaja Final Liga Piala Malaysia 2017, kini Arsenal pula memasuki dunia kripto dengan perjanjian eksklusif official Block Chain Partner bersama sebuah syarikat Gaming Software, California-based CashBet. Syarikat ini dikatakan akan melancarkan Initial Coin Offering (ICO) baharu  bagi kerjasama ini.
Related image
Foto: pictoramviewer.com

Cashbet dikatakan menjual software kepada syarikat-syarikat yang menerima bidaan mengunakan matawang kripto. Matawang kripto baharu atau Cashbet Coin akan diiklankan di papan-papan iklan di Stadium Emirates Arsenal.
Sudah dimaklumi umum, kenaikan luar biasa matawang kripto seperti Bitcoin pada tahun lepas telah menarik minat jutaan pembeli di seluruh dunia. Ratusan coin baharu juga telah ditawarkan dan dijual kepada umum.
Justeru, kerjasama ini juga telah menjadikan Arsenal menjadi kelab bola pertama di dunia yang bekerjasama dan menyokong matawang kripto.
Sumber: Reuteurs

Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
25 Jan 2018