Konsep relativiti masa adalah satu fakta saintifik yang tidak asing lagi dalam dunia sains. Fakta saintifik ini telah dibuktikan oleh para saintis. Antara saintis yang paling terkenal di dunia dan namanya sering disebut dari dulu sehingga sekarang ialah Albert Einstein. Beliau telah membuktikan masa adalah relatif dalam Teori Relativitinya pada seawal abad ke-20. Sebelum abad ke-20, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif dan masa hanya boleh berubah bergantung kepada tempat.
Apakah yang dimaksudkan dengan teori relativiti? Teori relativiti merupakan anggaran undang-undang fizik adalah sama di serata ruang. Teori ini menerangkan perlakuan objek dalam ruang dan masa. Selain itu teori relativiti ini boleh digunakan untuk meramalkan segala-galanya dari kewujudan lohong hitam, kepada lenturan cahaya akibat graviti, dan tingkah laku planet Mercury di orbitnya.
Teori relativiti ini mempunyai muslihat tersendiri. Pertama tiada rujukan “mutlak”. Setiap kali mengukur halaju objek atau momentum objek akan terdapat perkara yang mempengaruhi pengiraan tersebut. Seterusnya, kelajuan cahaya tetap kekal sama walaupun orang yang mengukurnya berbeza.
Implikasi teori Einstein ini sangat mendalam. Apabila kelajuan cahaya sentiasa sama, ini bermakna angkasawan yang bergerak laju ke bumi, kelajuan mereka sebenarnya lambat sedetik daripada kelajuan yang pemerhati di bumi akan kira. Fenomena ini dinamakan pelebaran masa.
Terdapat beberapa contoh relativiti yang kita boleh lihat dalam kehidupan seharian kita iaitu electromagnet, “Global Positioning System” (GPS), merkuri adalah cecair, televisyen lama, dan cahaya.
Maka, saintis agung Albert Einstein telah membuktikan fakta-fakta diatas melalui teori relativitinya. Beliau membuktikan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Berabad sebelum ini tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara jelas dan nyata. Walaupun begitu, terdapat satu pengecualian; Al-Qur’an telah pun ada maklumat mengenai kerelatifan masa! Antara ayat dalam Al-Quran yang menceritakan maklumat ini adalah:
“Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)
“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu”. Surah As-Sajadah: 5)
“Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnyaa lima puluh ribu tahun”. (Surah Al-Ma’arij: 4)
Dalam sesetengah ayat, ada dijelaskan bahawa manusia merasakan masa berubah dan kadang-kala manusia merasakan masa yang panjang sebagai suatu masa yang singkat. Perbualan manusia antara Allah adalah pada hari perhitungan di Hari Pembangkitan merupakan satu contoh yang baik untuk membuktikan masa yang panjang sebenarnya singkat sahaja.
“Allah berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya.
Surah Al-Mukminun: 112-114.
Sebagai konklusi, Al-Quran dengan jelas telah menyatakan fakta tentang kerelatifan masa bertahun lamanya sebelum wujudnya segala teknologi canggih zaman moden dan Albert Einstein belum lagi lahir. Perkara ini menguatkan lagi bukti bahawa Al-Quran adalah kitab suci dan tidak boleh dinafikan lagi kehebatannya. Oleh itu umat Islam perlulah sentiasa membaca Al-Quran, menghayati Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.