Kisah di sebalik California Gold Rush (Episod I) - Market Demon

Sunday, April 8, 2018

Kisah di sebalik California Gold Rush (Episod I)



Episod #1: Emas

Apa yang anda tahu tentang California? Hanya sebuah negeri di kawasan barat Amerika Syarikat, atau juga hanya sebuah memori lagu Hotel California yang popular pada tahun 1970an oleh kumpulan Eagles menjengah di minda?



California kini tidak seperti dahulu, pesat membangun dengan industri perfileman. Dahulu, California menjadi rumah kepada hampir 100,000 rakyat asal Amerika. Tidak ketinggalan orang Sepanyol yang juga mendiami Califonia sejak abad ke 18 dengan membawa misi kristianisasi.

California pada awalnya kaya dengan hasil hutan seperti balak dan industri perkayuan. Hasil hutan dimanfaatkan bagi manfaat kayu api dan pembinaan sehinggalah semuanya berubah pada tahun 1848! Seorang pekerja kilang kayu James W. Marshall yang berkerja di Kilang Kayu Sutter di Sacramento, California menemui emas!



Pada 24 Jan 1848, Marshall sedang berjalan-jalan menikmati keindahan Sungai Amerika dan menjumpai sesuatu yang berkilauan di dasar sungai. Ia ialah emas! Pada mulanya, ramai yang meragui penemuan itu dan hanya mengatakan ia hanya khabar angin sehinggalah surat khabar mengesahkan California sebagai negara emas.
"Buy the rumours, you might hit a gold-bag"
Emas adalah logam bernilai yang boleh dileburkan mejadi pelbagai barang, ia juga adalah medium transaksi untuk membeli produk dan servis di seluruh dunia. Pada Disember 1848, Presiden James Polks mengumumkan penemuan emas itu semasa ucapan Union State di mana Kilang Kayu Sutter menjadi terkenal dalam sekelip mata.
"Sell the fact, when the news has been spread out"
Analisis MD: Jan hingga Disember mengambil tempoh masa sehingga 12 bulan, satu tempoh yang cukup lama stok emas dapat didulang oleh penduduk setempat. Tetapi, kenapa Presiden James Polks tidak mengumumkannya serta merta?

Bersambung...Perjalanan yang panjang

Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com