Salah Faham Cryptocurrency Oleh Warganegara Britain - Market Demon

Saturday, April 7, 2018

Salah Faham Cryptocurrency Oleh Warganegara Britain

Mengikut tinjauan terbaru, kebanyakkan warganegara Britain hanya mempunyai sedikit atau tidak tahu apa sebenarnya cryptocurrency. Terma seperti "blockchain" sudah biasa didengar oleh mereka tetapi selalunya dalam konteks yang sama sekali berbeza. 

Crypto dan Tandas 


Tinjauan menunjukkan bahawa sebilangan besar warganegara Britain mungkin mempunyai idea yang salah tentang istilah-istilah yang berkaitan dengan crypto. Ini menunjukkan walaupun populariti cryptocurrency semakin meningkat, sesetengah mereka masih tidak menyedari kewujudan tersebut. 

Kebanyakannya masih ragu mengenai cryptocurrency dengan sesuatu yang lain. Laporan Daily Mirror menyatakan penyedia perkhidmatan cloud berpangkalan di Britain, Inty telah menemubual 2,000 orang untuk menentukan sama ada mereka mengetahui makna beberapa perkataan dan frasa teknikal yang meluas. Mereka telah ditanya 20 soalan berkaitan pengkomputeran dan teknologi maklumat. Jawapannya mengesahkan bahawa masih ramai orang di Britain tidak tahu maksud sebenar istilah biasa yang telah digunakan.(rujuk infografik) 


The Techionary 

Inty telah menerbitkan "kamus pengkomputeran" untuk menjelaskan beberapa salah faham tersebut. Pengunjung boleh mencari di laman sesawangnya makna istilah popular yang digunakan dalam teknologi maklumat. "Blockchain" dan "cryptocurrency" adalah antara yang turut tersenarai. 

"Kami tahu dunia IT dan pengkomputeran boleh menjadi rumit, tetapi kami fikir Dictionary of Computing jargon-buster dapat membantu orang yang bergelut dengan beberapa perkataan atau frasa teknikal dalam industri ini yang mungkin dipandang ringan oleh kebanyakkan orang," kata CEO syarikat itu, Craig Joseph. 

"Nampaknya landskap teknologi berkembang dengan sangat pesat dan ini adalah antara sebab mengapa kita sering menambah senarai kata kunci dan akronim yang baru.” Mereka telah memasukkan istilah-istilah pengkomputeran di dalam The Techionary untuk setiap huruf abjad dan memberikan takrifan yang betul. 

Tidak semua orang di Britain memerlukan pendidikan seperti itu. Satu lagi kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa golongan profesional kewangan di sana sangat peka dengan perkembangan cryptocurrency dan perspektif mereka juga boleh diterima pakai. Lebih separuh daripada mereka yang sebelum ini melabur dalam crypto berhasrat memperoleh lebih banyak matawang digital ini. Majoriti pelabur menjangkakan pasaran cryptocurrency akan meningkat pada tahun ini, meskipun terdapat penurunan pada sukuan pertama baru-baru ini. 

Populariti cryptocurrency semakin berkembang di seluruh dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Undian yang dilakukan di beberapa negara telah menunjukkan trend yang positif. Satu kajian lain juga telah menunjukkan hampir 60% rakyat Amerika Syarikat mengatakan mereka pernah mendengar mengenai Bitcoin. Begitu juga dengan lebih daripada separuh penduduk di Rusia. 🦋