"GTFO" Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli - Market Demon

Saturday, April 7, 2018

"GTFO" Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli


Adakah anda seorang gamer yang sukakan permainan video game yang bergenre aksi, seram dan ganas. Kalau jawapan anda ya, game GTFO sesuai untuk anda. GTFO merupakan permainan 4 aksi (co-op) bagi mereka yang ingin mencari cabaran sebenar.

Daripada Pereka Payday dan Payday 2, Ulf Anderson, telah memulakan projek baru bernama 10 Chambers Collective. Projek ini akan mengekalkan permainan secara co-op empat pemain seperti Payday tetapi apa yang menariknya permainan ini akan dimasukkan dengan elemen seram apabila pemain menggerudi bilik kebal untuk mendapatkan kahzanah tetapi hati-hati kerana bunyi bising bakal menarik perhatian raksasa.

Pemain dapat bermain sebagai satu kumpulan untuk meneroka dan mengekstrak artifak berharga dari kompleks bawah tanah yang luas yang telah diduduki oleh raksasa yang menakutkan. Pemain perlu mencari senjata, alat dan sumber untuk membantu pemain sepanjang permainan dan pemain perlu berusaha untuk mencari jawapan tentang masa lalu dan bagaimana untuk survive.

Apa yang menarik pada GTFO ini adalah reka bentuk raksasa serta elemen seram yang patut mendapat perhatian. Ia bukanlah sekadar kumpulan zombi yang biasa tetapi satu siri makhluk yang sangat pelik. Raksasa ini seakan-akan raksasa seperti Starship Troopers tetapi lebih mengerikan dan ganas dengan gaya tindakannya.

Di bawah ini adalah sedikit sneak peak yang boleh anda lihat.


Trailer ini memaparkan 4 orang pemain (co-op) yang akan menjadi pengalaman aksi terbaru buat gamer di luar sana. Sebagai contoh, pemain boleh menubuhkan pertahanan asas apabila keadaan menjadi genting dan pemain boleh mengakses scout device x-ray yang memberikan gambaran tentang apa yang akan berlaku.

Jadi persiapkan dompet anda gamers sekalian, GTFO bakal dikeluarkan pada Q2 tahun ini pada platform PS4, XBOX ONE dan PC.