Peristiwa Bersejarah Bitcoin - Market Demon

Friday, March 16, 2018

Peristiwa Bersejarah Bitcoin


Jika anda masih bingung tentang apa itu Bitcoin, anda boleh anggap ia sebagai wang dalam bentuk digital. Pemindahan peer-to-peer, seperti PayPal tetapi tidak berpusat. Apabila kita sebut tidak berpusat, maksudnya tiada entiti tunggal yang mengawalnya. Sejak beberapa tahun yang lalu, nilai Bitcoin telah meningkat dengan drastik. Jadi, dalam artikel kali mari kita lihat peristiwa-peristiwa bersejarah sejak Bitcoin diperkenalkan.

Whitepaper Bitcoin Diterbitkan
Pada 31 October 2008, satu dokumen penyelidikan, ditulis oleh Satoshi Nakomoto diterbitkan. Whitepaper yang terkenal ini mengandungi butiran bagaimana Bitcoin akan berfungsi dan menjadi pemangkin untuk semua cryptocurrency yang wujud pada hari ini.

Genesis Block
Teknologi disebalik Bitcoin dipanggil blockchain. Blockchain ibarat beberapa siri laporan atau rekod yang dihubungkan bersama. Laporan-laporan ini apabila dihubungkan bersama akan membentuk satu block dan keseluruhan struktur block inilah yang dipanggil blockchain. Pada 3 Januari 2009, block pertama terbentuk.

Transaksi Pertama
Pada Januari 2009, transaksi Bitcoin pertama berjaya dilaksanakan antara Satoshi (penulis whitepaper Bitcoin) dan Hal Finney (developer & cryptographer).

Bitcoin Mendapat Nilai 
Pada bulan Oktober 2009, nilai Bitcoin ditetapkan pada $1 = 1,309 BTC. Nilai tersebut berdasarkan kos elektrik yang diperlukan untuk melombong satu Bitcoin.

Pizza-Bitcoin
Pada bulan May 2010, seorang programmer dari Florida ingin membeli sesuatu menggunakan Bitcoin. Dia menghantar 10,000 BTC kepada seorang pengguna internet di England. Sebagai balasan, programmer itu mendapat tempahan pizza dari Papa John's.

Silk Road Dibuka 
Pada Januari 2011, Silk Road, satu marketplace di dark-web yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk dadah mula dibuka.

Bitcoin Mendapat Perhatian
Pada November 2013, Senat Amerika Syarikat membincangkan tentang Bitcoin dan harganya meningkat selepas mendapat sokongan dari Pengerusi Federal Reserve (Bank Pusat Amerika Syarikat), Ben Bernanke.

Mt.Gox Muflis
Februari 2014, Mt. Gox, exchange Bitcoin terbesar pada waktu itu diisytiharkan muflis. Hampir satu juta Bitcoin telah dicuri dari syarikat itu. Kesannya turut mempengaruhi harga Bitcoin. 

Crypto Boom
Pada tahun 2014, harga Bitcoin perlahan-lahan pulih. Diikuti pada tahun 2017, nilainya meningkat dengan mendadak dari $1,000 naik sehingga $19,000 walaupun pelbagai isu melanda. Cryptocurrency yang lain turut melonjak sama dan lebih ramai orang awam masuk ke dalam industri baru ini.

Kemunculan Bitcoin Cash
Bitcoin Cash mula muncul pada Ogos 2017 dengan harapan dapat menjadi alternatif kepada Bitcoin dengan yuran transaksi yang lebih rendah dan tempoh masa pemprosesan yang lebih pantas.

Apa Seterusnya?
Kisah Bitcoin belum berakhir. 2018 membuka tirai dengan kejatuhan nilai Bitcoin dan pelbagai lagi kejutan lain yang dapat kita saksikan nanti. Apa yang pasti, blockchain akan merevolusikan dunia.