Apa Itu Wall Street? Sejarah Ringkas & Gambaran Keseluruhan - Market Demon

Friday, March 16, 2018

Apa Itu Wall Street? Sejarah Ringkas & Gambaran Keseluruhan

Apabila menyebut tentang Wall Street, ia membawa kita kepada figura-figura tersohor seperti Gordon Gekko, Warren Buffet, Jesse Livermore, dan mungkin juga Jordan Belfort. Wall Street merupakan mercu tanda dan pusat kewangan dunia. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda pemahaman yang jelas mengenai persoalan,

"Apa itu Wall Street?"

Apa Itu Wall Street?
Wall Street terletak di New York City. Di sana terdapat dua bursa saham utama, New York Stock Exchange (NYSE) dan NASDAQ. Ada yang memanggilnya Wall Street Exchange. Wall Street adalah pusat kewangan Amerika Syarikat dan ada yang melabelnya sebagai pusat kewangan dunia. Beberapa firma kewangan terbesar dunia berpusat di Wall Street. Ini termasuk big player seperti Morgan Stanley dan Goldman Sachs.

Setiap tahun, puluhan bilion keuntungan dijana di sini. Sesetengah orang berpendapat Wall Street menjadi rumah kepada lebih daripada 200,000 pekerjaan. Apabila berlaku kemelesetan, banyak kejatuhan dialami di sini. Puluhan ribu orang kehilangan pekerjaan mereka.

Sejarah Wall Street

Sejarah memberitahu kita bahawa nama Wall Street di ambil secara harfiah. Ramai ahli sejarah percaya bahawa dinding telah didirikan sebagai pembelaan untuk melindungi penduduk asli Amerika pada hari-hari awal pembukaan tempat itu. Kemudian, ia menjadi lokasi terkenal bagi mereka yang mahu bertukar pendapat tentang perdagangan.

Bagaimanapun, terdapat sisi gelap. Golongan hamba juga dijual beli di sini. Pada tahun-tahun berikutnya, rantau ini menjadi syurga perniagaan di mana nama-nama popular yang menjadi sebutan pada hari ini mula berakar di sini. Di sinilah tempat kelahiran Dow Jones. Charles H. Dow membangunkan kaedah yang mudah tetapi berkesan dalam menjejaki pasaran secara keseluruhan tanpa menggunakan teknologi moden seperti komputer. Beliau memilih 11 saham yang dianggap mewakili keseluruhan pasaran. Penerbitan laporan yang dimulakannya menjadi Wall Street Journal pada hari ini.

The Great Depression adalah kejatuhan pertama Wall Street. Pada bulan Oktober 1929, pasaran merudum. Ini adalah antara kejatuhan terburuk yang pernah dialami. Pasaran kerugian 25% daripada nilainya. Kejatuhan dramatik kedua berlaku pada 19 Oktober 1987 dikenali sebagai Black Monday apabila pasaran jatuh sebanyak 22.6% dalam tempoh satu hari.

Baca : Black Monday 1987

Syarikat-syarikat di Wall Street

J.P. Morgan antara nama besar di Wall Street. Syarikat ini telah membeli firma utama yang lain seperti Bear Stearns semasa kemelesetan pada tahun 2008-2010. J.P. Morgan memiliki aset bernilai sekitar $ 2.42 trilion dan mereka menjalankan perniagaan pengurusan aset, perdagangan ekuiti, perbankan global, pengurusan risiko dan banyak lagi.

Citigroup, Inc antara firma yang sebaris dengan J.P. Morgan. Firma perbankan multinasional ini menguruskan perniagaan kad kredit, pengurusan kekayaan, ekuiti persendirian, dan analisis kewangan. Dalam 204 tahun, mereka telah menikmati sejarah yang panjang dalam dunia kewangan.

Syarikat-syarikat lain yang bertapak di Wall Street antaranya Deutsche Bank, Barclay's Capital dan Credit Suisse. Dunia kewangan berevolusi dengan teknologi. Pemenang sudah tentu mereka yang mempunyai kaedah unggul yang memanfaatkan teknologi untuk mengaut keuntungan. Ketajaman analisis yang dapat memahami apa yang berlaku dalam pasaran mampu menghidu awal sesebuah pasaran itu berada di ambang kejatuhan.