Ikigai: Rahsia Rakyat Jepun Untuk Hidup Yang Lebih Gembira Dan Panjang Umur - Market Demon

Sunday, June 10, 2018

Ikigai: Rahsia Rakyat Jepun Untuk Hidup Yang Lebih Gembira Dan Panjang Umur


Sumber: Google

Kebanyakan penduduk Jepun mengamalkan gaya hidup yang stabil dan mereka mencapai tahap Ikigai mereka (Disebut Ick-ee-guy) – Sebab untuk anda mulakan setiap hari dengan semangat dan fokus.

Apa sebab untuk anda bangun pagi? Anda tanya anda jawab.

Kepulauan Jepun yang bernama Okinawa dimana Ikigai lahir ialah satu tempat yang mempunyai populasi penduduk yang berusia lebih dari seratus tahun paling ramai di dunia.

Adakah konsep Ikigai mempunyai hubung kait yang rapat dengan umur yang panjang?

Dan Buetnerr, penulis buku Blue Zones: Lessons on Living Longer from the People Who’ve Lived the Longest, percaya akan adanya kaitan antara mereka.

Bagi beliau, konsep ikigai tidaklah eksklusif kepada penduduk Okinawa tetapi ia juga diamalkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai umur lebih seratus tahun yang kita gelar “The centenarians”. Jika kita sebagai umat Islam, kita percaya umur atau ajal telah ditetapkan sejak azali tetapi untuk berusaha mempunyai kehidupan yang sihat dan lama sangat dituntut dalam ajaran Islam.

Beliau beritahu lagi, buat 3 senarai: Nilai-nilai anda, perkara yang anda suka lakukan, dan juga perkara-perkara yang anda hebat lakukannya. Kawasan yang bersilang antara ketiga-tiga inilah ikigai anda.

Ada kajian yang menyatakan jika salah satunya hilang, akan mempunyai kesan yang merugikan.

“Ikigai anda adalah silangan antara perkara yang anda bagus lakukan dan juga perkara yang anda suka lakukan”, kata Hector Garcia, penulis Ikigai: The Japanese Secret to a Long and Happy Life. Beliau menulis, ”Sama seperti manusia telah menyukai benda dan wang sejak awal zaman, manusia lain merasa tidak puas hati dengan usaha mencari wang dan kemasyhuran yang tidak henti-henti dan sebaliknya memberi tumpuan kepada sesuatu yang lebih besar daripada kekayaan material mereka sendiri. Ini telah lama diterangkan dengan menggunakan banyak perkataan dan amalan yang berlainan, tetapi selalu mendengar kembali inti dan nilai-nilai penting dalam kehidupan. "



Ikigai dilihat sebagai gabungan antara 4 elemen utama:
  1. Perkara anda suka (Passion)
  2. Keperluan dunia (Mission)
  3. Perkara yang anda bagus (Vocation)
  4. Perkara yang anda dibayar (Profession)

Mencari ikigai sendiri boleh memberikan anda makna kehidupan yang cukup, sebuah kegembiraan dan ketenangan yang memberikan umur yang panjang. Anda tenang. Kerana tenang is good.

Nak cari Ikigai anda sendiri? Tanya 4 soalan ini kepada diri anda. Sekali lagi, anda tanya anda jawab:

  1.     Apa yang saya suka?
  2.    Bidang apa yang saya hebat lakukan?
  3.    Apakah perkara yang akan berikan saya upah jika membuatnya?
  4.    Apa yang dunia perlukan sekarang?



Dalam buku Ikigai, Hector Garcia dan Francesc Miralles telah pecahkan 10 syarat untuk mereka yang mencari Ikigai.
  1. Kekal aktif dan jangan bersara
  2. Tinggalkan gaya kelam kabut dan kekalkan kehidupan yang perlahan dan sederhana
  3. Berhenti makan selepas 80% kenyang
  4. Kelilingi diri anda dengan rakan-rakan yang elok dan baik
  5. Dapatkan badan yang sihat dengan senaman santai setiap hari
  6. Senyum dan tegur orang disekeliling
  7. Cipta hubungan dengan alam sekitar
  8. Ucap terima kasih untuk setiap benda yang memberikan kita kegembiraan dan membuatkan kita rasa hidup
  9. “Live the moment”
  10. Ikut Ikigai anda

Perkara yang anda berikan perhatian dan kasih sayang akan memberikan ikigai anda.

Pemimpin ahli falsafah dan hak asasi manusia Howard W Thurman berkata, 

"Mintalah apa yang membuat anda hidup dan pergi lakukannya." ... "Jangan tanya apa yang dunia perlukan. Tanya apa yang membuat anda hidup, dan pergi lakukannya. Kerana apa yang dunia perlukan adalah orang yang telah hidup. "


Masalah bagi ramai orang adalah mereka berhenti menjadi ingin tahu (curious) tentang pengalaman baru ketika mereka mengambil tanggungjawab dan membina rutin.

Rasa tertanya-tanya dan ingin tahu mereka mula hilang.

Tetapi anda boleh mengubahnya, terutamanya jika anda masih mencari makna dalam kehidupan seharian.

Albert Einstein menggalakkan kita untuk mengejar perasaan rasa ingin tahu itu. Beliau pernah berkata:

"Jangan fikirkan mengapa anda bertanya, jangan berhenti mempersoalkan. Jangan risau tentang apa yang tidak boleh anda jawab, dan jangan cuba untuk menjelaskan apa yang anda tidak tahu. Rasa ingin tahu adalah sebabnya sendiri. Tidakkah anda kagum apabila anda merenungkan misteri-misteri yang kekal, kehidupan, struktur yang menakjubkan di sebalik realiti? Dan ini adalah keajaiban fikiran manusia - untuk menggunakan pembinaan, konsep, dan formula sebagai alat untuk menjelaskan apa yang dilihat, dirasakan dan disentuh oleh manusia. Cuba memahami lebih sedikit setiap hari. Mempunyai rasa ingin tahu yang suci. "


Contoh klasik adalah perasaan ingin tahu Steve Jobs untuk tipografi yang membawa dia menghadiri kelas yang tidak berguna pada tipografi dan untuk mengembangkan kepekaan reka bentuknya.

Kemudian, kepekaan ini menjadi sebahagian penting dari komputer Apple dan pembeza inti Apple di pasaran.

Kita dilahirkan dengan sifat ingin tahu. Perasaan kita untuk belajar, mencipta, mengkaji, dan mencari perlukan perhatian yang sama dengan perasaan kita yang lain dalam kehidupan seharian.

Penyempurnaan menjadi keutamaan utama bagi kebanyakan kita. Rami lagi yang masih berjuang untuk mencari apa yang mereka mahu lakukan. Apa yang menggembirakan mereka. Apa yang membuatkan mereka kehilangan rasa masa. Apa yang membawa yang terbaik dengannya.

"Intuisi dan rasa ingin tahu kami adalah kompas dalaman yang sangat kuat untuk membantu kita berhubung dengan ikigai kita," tulis Hector Garcia dan Francesc Miralles.

Apakah satu perkara mudah yang boleh anda lakukan atau menjadi hari ini yang akan menjadi ungkapan ikigai anda?

Cari dan kejarnya dengan sebolehnya, apa sahaja benda lain yang kurang nilai dan tidak memberikan anda merit anda bboleh lupakan dan jangan bazirkan masa dengannya.

No comments: