Sony Bakal Membeli Semula Sahamnya Bernilai $910 - Market Demon

Wednesday, February 13, 2019

Sony Bakal Membeli Semula Sahamnya Bernilai $910

Sony Corporation menguasai 42% daripada keseluruhan pasaran di dunia dan berpangkalan di Tokyo, Jepun 

TOKYO : Sony Corp merancang untuk membeli semula saham miliknya yang bernilai 100 bilion yen ($910 juta) dan bakal menjadi pembelian saham sendiri yang terbesar pernah direkodkan oleh syarikat elektronik itu.

Saham Sony telah meningkat sebanyak 4.1% pada Jumaat lepas setelah syarikat itu mengumumkan untuk membeli semula sahamnya yang akan bermula pada Selasa dan berakhir pada 22 Mac.

Saham yang akan dibeli semula itu merangkumi sebanyak 2.4% daripada sejumlah saham. Sebelum ini, syarikat telekomunikasi dan teknologi daripada Jepun, Softbank Group Corp mengumumkan pembelian saham semula bernilai 600 bilion yen. 

Sony merancang untuk memperkukuh prestasi kewangannya di bawah CEO Kenichiro Yoshida yang dahulunya berpangkat ketua pegawai kewangan (CFO) pada tahun lepas. Minggu lalu, Sony melaporkan keuntungan yang tidak memberasangkan untuk jualan PlayStation dan mengurangkan jangkaan pendapatan tahunan sehingga menyebabkan kejatuhan saham paling curam sejak tiga tahun setengah.

Penganalisa Bloomberg Intelligence, Masahiro Wakasugi berkata,

It seems they were perturbed by the steep stock decline. They’re watching the stock price, cash flow is strong and they have the financial resources to carry this out. So it’s a strong message to investors.

Sebelum pengumuman tentang pembelian saham ini pada Jumaat, saham Sony telah merosot 14% sepanjang minggu sehingga mencapai yang paling rendah sejak Oktober 2017. Namun telah kembali bertambah nilainya sebanyak 4.8% pada 2018. Kali terakhir syarikat Jepun ini membeli sahamnya ialah pada tahun 2004 sebanyak 6.3 bilion yen kerana ingin menggabungkan sepenuhnya anak syarikat PlayStation Sony Computer Entertainment ke syarikat induknya.

Hasil prestasi Sony yang  bersaing di syarikat teknologi menyaksikan penurunan dalam permintaan terhadap produk dan perkhidmatan mereka. Apple Inc melaporkan penurunan hasil untuk pertama kalinya dalam tempoh dua tahun, manakala Intel Corp dan Nvidia Corp telah memberi amaran kepada jualan yang lebih lemah, memandangkan ekonomi China mula meletus dan menjejaskan Brexit.

No comments: